Tonton Drama Bersiri Ex Aku Pontianak Di Astro Ria (Gempak Original Series)

ex aku pontianak di astro ria (gempak original)

Ini berita baik buat semua penonton setia Gempak Original Series kerana drama bersiri Ex Aku Pontianak akan memulakan tayangannya bermula malam ini, 19 Januari 2022 di Astro Ria.

BACA : Saksikan Drama Dukun Diva Di Astro Citra (Astro Originals)

Ex Aku Pontianak terbitan Red Comm yang menggantikan drama Karipap Haiz sebelum ini bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

Kita sedia maklum, karya siri original Gempak ini pastinya memberikan sebuah kualiti yang tinggi dari segi penceritaan yang asli, cinematografi, barisan pelakon dan sebaganya. 

Untuk naskhah kali ini, pastinya akan memberikan kepuasan kepada para penonton bagi tontonan bersama keluarga di rumah

Episod : 10
Pengarah : Syamil Othman
Idea Asal : Anwar Hadi
Skrip : Sharmaine Othman, Suzanne Ong & Akmal Nahar
Penerbit : Shamyl Ohtman & Lina Tan
Produksi : Red Comm

ex aku pontianak di astro ria (gempak original)

Barisan Pelakon Dan Watak Lakonan

Drama bersiri ini dibarisi pelakon utama yang terkenal iaitu Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose.

Mereka dibantu oleh Alicia Amin, Maya Hanum, Fikhree Bakar, Nabila Zakaria, Fatimah Abu Bakar, Datuk Malek Noor serta cameo daripada Amber Chia dan Alex Yoong.

  • Ikmal Amry sebagai Malik
  • Elizabeth Tan sebagai Bella/Pontianak
  • Raysha Rizrose sebagai Suraya
  • Alicia Amin sebagai Jay
  • Maya Hanum sebagai Fifi
  • Fikhree Bakar sebagai Zhafran
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Mak Suraya
  • Datuk Malek Noor sebagai Bapa Suraya

ex aku pontianak di astro ria (gempak original)

Sinopsis Ex Aku Pontianak

Drama bersiri Ex Aku Pontianak mengisahkan seorang playboy bernama Malik yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella kerana bermain kayu tiga.

Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya iaitu seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri.

Misi Suraya adalah untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baru. Dapatkan pontianak Bella dihapuskan? Bagaimana keselamatan Malik selepas itu?

ex aku pontianak di astro ria (gempak original)

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama siri Ex Aku Pontianak yang bersiaran setiap hari Rabu jam 9.30 malam eksklusif di Astro Ria 104 bermula 19 Januari ini.

Untuk waktu yang lebih fleksibel, anda juga boleh saksikan secara On Demand, melalui portal Gempak atau menerusi aplikasi Astro Go.

Trailer

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post