5 Filem Korea Pelakon Ma Dong Seok Terbaik Untuk Anda Tonton

5 Filem Terbaik Korea daripada Pelakon Ma Dong-Seok

Aku nak kongsikan 5 filem terbaik daripada pelakon Korea Selatan, Ma Dong-Seok atau dikenali sebagai Don Lee. Untuk senang kenal siapa pelakon ni, paling mudah adalah pelakon yang berbadan besar melawan zombie di dalam filem Train To Busan.

Aku bagi perumpaan tersebut supaya mudah, terus tahu siapa nama pelakon tersebut. Ini kerana filem tersebut telah mendapat sambutan yang baik terutamanya di Malaysia. Disebabkan itu jugalah, aku jadi minat nak tengok pelakon ni dalam filem lain juga.

BACA JUGA : Filem Terbaru Ma Don Seok - Badland Hunters Netflix

Aku peminat filem dan terbuka untuk tonton semua filem daripada negara mana pun walaupun Korea Selatan. Tetapi aku tak layan Kdrama je. Kfilem aku layan. Tapi aku pilih genre la.

Sebagai contoh, untuk filem lakonan Ma Dong-Seok ni, aku hanya tonton filem yang bergenre aksi yang kebanyakkan filem ada pelakon ini.

BACA JUGA : Senarai Filem Baru Popular Tahun 2022

Yang paling terbaru kini beliau sudah berada di hollywood apabila menyertai team Marvel dalam filem Eternals yang memegang watak Gilgamish yang juga seorang aktif berlawan

Senarai 5 Filem Korea Terbaik Daripada Ma Dong Seok

Jadi disini aku nak kongsikan 5 filem terbaik pelakon, Ma Dong-Seok yang aku pernah tonton. Ternyata bersahaja la dia ni berlakon.

Jika dilihat kekuatan lakonan beliau yang pastinya bukan terletak pada wajahnya tetapi seni lakonan yang bersahaja, pandai beraksi, pandai berlawan dan kadang ada unsur jenaka yang kecil tetapi kelakar.

Yang penting trademark aksi gaduh dia adalah penampar!

1.  Train To Busan (2016)

Train To Busan (2016)

Filem yang menjadi fenomena ketika tahun tayangan tersebut ini mengisahkan serang Zombie yang berlaku sepanjang perjalan menaiki kereta api dari Seoul ke Busan. Pelbagai perkara berlaku sepanjang penceritaan, ada yang pentingkan diri, tidak percaya dengan yang lain, sifat kasih sayang dan pelbagai lagi.

Tapi malangnya, Yoon Sang-Hwa (Ma Dong-Seok) mati digigit zombie kerana ingin menyelamatkan penumpang lain. Biasa kita tengok dia lawan gangster, kali ini dia lawan zombie pula. Selain itu, pastinya pelakon terkenal Gon Yoo yang menjadi filem ini bertambah menarik.

Best : Sumpah best!

Tonton : NetflixiQIYI dan VIU

BACA JUGA : Cara Daftar Dan Langgan Akaun VIP iQIYI Malaysia Serendah RM1.90 Sebulan

2.  The Outlaws (2017)

The Outlaws (2017)

Ianya sebuah kisah mengenai tugasan pegawai polis tempatan yang diketuai oleh Detektif Ma Seok Do (Ma Dong Seok) untuk menumpaskan seluruh kumpulan haram Cina-Korea di Chinatown di Seoul. Kepala mereka adalah Jang Chen (Yoon Kye Sang) yang merupakan pemimpin geng samseng dari China yang juga lintah darat yang datang ke Seoul untuk mengutip hutang.

Sebuah filem yang sarat dengan aksi lawan disamping unsur humor dalam beberapa babak. Tak main pistok punya, main sepak, terajang dan paling penting pelempang dari Don Lee

Best : Sumpah best!

Tonton : iQIYI dan VIU

3.  The Gangster, The Cop, The Devil (2019)

The Gangster, The Cop, The Devil (2019)

Sebuah cerita yang mengisahkan Ketua gengster di Cheonan bernama Jang Dong Soo (Ma Dong Seok) menjadi sasaran pembunuh bersiri Kang Kyung-Ho. Jang berjaya bertahan dari serangan Kang, menjadikannya satu-satunya orang yang melakukannya. Disebabkan ini, dia terpaksa bekerjasama dengan Detektif Jung Tae Seok untuk menangkap pembunuh bersiri itu, walaupun detektif itu membenci ahli jenayah terancang.

Siapa sangka apabila ketua gangster bekerjasama dengan polis bagi menangkap pembunuh bersiri tersebut. Kita boleh lihat aksi bergaduh dengan pisau dan tangan kosong je. Memang real habis la.

Best : Sumpah best!

Tonton : iQIYI dan VIU

4.  Unstoppable (2018)

Unstoppable (2018)

Filem ini mengisahkan tentang seorang bekas gangster yang telah cuci tangan, Dong-Chul (Ma Dong-Seok). Dia telah berkahwin dengan Ji-Soo (Song Ji-Hyo) tetapi kehidupan mereka tidak senang apabila Dong-Chul sering ditipu oleh peniaga lain.

Satu hari, Ji-Soo telah diculik oleh sindikat perdangan manusia. Disebabkan itu, dia telah menetapkan untuk mendapakan isterinya dengan apa jua cara sekali pun.

Dalam filem ini sekali lagi, tiada adegan tembak menembak, yang ada hanya sepak terajang dan penampar sahaja. Unsur lawak masih diselit dalam filem ini tetapi tidak keterlaluan. Ini pun best gila.

Best : Sumpah best!

Tonton : iQIYI dan VIU

5.  Bad Guys: Reign of Chaos (2019) 

Bad Guys: Reign of Chaos (2019)

Filem ini mengisahkan mereka yang mempunyai rekod jenayah dikumpulan untuk tubuh satu pasukan yang diketuai oleh Detektif Oh bagi menangkap ketua mafia yang telah menyerang konvoi polis yang menyebabkan ramai pegawai polis mati dan tahanan penjara lari.

Antara mereka yang menyertai kumpulan ini ialah Park Woong Chul (Ma Dong Seok) yang merupakan tahanan penjara yang mempunyai rekod jenayah hampir 30 tahun, Go Yoosung (Jang Ki Yong) dan Jessica (Kim Ah Joong). Dia macam lebih kurang, Suicide Squad la.

Bahagian paling best sekali pastinya dibabak akhir apabila mereka berlima menyerang terus kubu ketua mafia dengan hadap berpuluh-puluh penjahat. Polis guna pistol, dieorang macam biasalah sepak dan terajang je.

Best : Best juga la!

BACA JUGA : Langgan Netflix Dengan Harga Serendah RM17 Sebulan

Jadi ini antara filem-filem Korea daripada Ma Don Seok yang bagi aku sangat menarik untuk ditonton. Selain itu, kalau nak tengok, boleh tonton The Villagers, Champion, The Bros, Murderer dan banyak lagi

2/Post a Comment/Comments

  1. kelima-lima done watched! Hehe

    ReplyDelete
  2. minat gila tgk ma dong seok ni berlakon!! 3/5 dah tgk... filem 2019 ni kononnya nak tgk as soon as dia released eh sekali dah tahun 2022 lelll

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post