Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita, Muscat Oman 2022

Jadual & Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita, Muscat Oman 2022

Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022 akan berlangsung bermula 21 hingga 28 Januari 2022 yang diadakan di Muscat, Oman.

Kejohanan ini merupakan tugasan antarabangsa pertama bagi 20 pemain Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan bagi tahun baru ini, tahun 2022. Pastinya akan memberikan semangat yang lebih kepada barisan pemain.

BACA : Senarai Pemain Negara Yang Dipilih Bagi Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022

Rata-rata pemain negara yang berjaya dipilih bagi kejohanan kali ini berusia 23 tahun ke bawah dan menyertai kejohanan peringkat senior tertinggi di Asia untuk kali pertama.

Women's Asia Cup Muscat 2022 disertai oleh 8 buah negara Asia dan mereka diletakkan dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama India, Jepun dan Singapura manakala Kumpulan B menampilkan pasukan China, Korea, Thailand dan Indonesia.

pemain wanita hoki malaysia

Format kejohanan ini hanya 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan yang akan melangkah ke peringkat separuh akhir dan pemenang seterusnya akan ke peringkat akhir.

Bukan itu sahaja, kejohanan ini juga merupakan perlawanan kelayakan bagi Kejohanan Piala Dunia Wanita 2022. Jadi ianya penting bagi skuad Malaysia Tigress dibawah Ketua Jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022

Untuk peminat hoki di tanah air, sepertinya tiada tayangan secara langsung bagi kejohanan kali ini sama ada menerusi saluran Astro mahupaun saluran RTM.

Namun begitu anda boleh tonton secara online untuk semua perlawanan termasuk melibatkan pasukan Malaysia di pautan watch.hockey secara percuma.

Berikut merupakan jadual dan keputusan penuh bagi setiap perlawanan

21 JANUARI 2022

  • Korea (7) - (0) Indonesia
  • Japan (6) - (0) Singapura
  • China (6) - (1) Thailand
  • India (9) - (0) Malaysia

22 JANUARI 2022

  • Korea (4) - (0) China
  • Thailand (4) - (0) Indonesia

23 JANUARI 2022

  • Malaysia (2) - (0) Singapura ( 9 PM waktu Malaysia)
  • Jepun (2) - (0) India

24 JANUARI 2022

  • China (7) - (0) Indonesia
  • Thailand (0) - (6) Korea
  • Malaysia (0) - (8) Jepun (9 PM waktu Malaysia)
  • India (9) - (1) Singapura 

25 JANUARI 2022

(Rest Day)

26 JANUARI 2022

- Tempat Ke-5 hingga Ke-8

  • Thailand (1) - (0) Singapura
  • Malaysia (6) - (0) Indonesia (6 PM waktu Malaysia)

- Separuh Akhir

  • Korea (3) - (2) India
  • Jepun (2) - (1) China

27 JANUARI 2022

- Tempat Ke-7 dan Ke-8

  • Singapura (2) - (1) Indonesia

- Tempat Ke-5 dan Ke-6

  • Thailand (0) - (3) Malaysia (11 PM waktu Malaysia)

28 JANUARI 2022

- Tempat Ke-3 dan Ke-4

  • India (2) - (0) China

- Akhir

  • Korea (2) - (4) Jepun

PODIUM

Emas (Jepun)
Perak (Korea)
Gangsa (India)
Tempat Ke-4 (China)
Tempat Ke-5 (Malaysia)
Tempat Ke-6 (Thailand)
Tempat Ke-7 (Singapura)
Tempat Ke-8 (Indonesia)

Untuk dapatkan info, jadual dan statistik penuh perlawanan, anda boleh layari laman web asianhockey di www.asianhockey.org/womenasiancupmuscat2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post