RTMKLIK Kini di Android Box. Boleh La Tengok RTM Di TV Secara Online Lepas Ini

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila salah satu platform televisyen online iaitu RTMKLIK kini sudah tersedia di Android Box. Sekali gus ada pada Android Tv juga.

Sebelum ini, pihak RTM ada iklankan dimana aplikasi rtmklik mereka sudah tersedia di pelbagai peranti termasuk di tv. Tetapi ketika ternyata masih tidak tersedia lagi untuk Android Box.

Sepertinya ketika ini hanya tersedia di LG Smart TV dan juga Samsung Smart TV yang menggunakan sistem Tizen. Jadi Android Tv takdapat lagi aplikasi tersebut.

Pada awalnya, selain daripada website rtmklik sendiri iaitu rtmklik.rtm.gov.my, anda juga boleh tonton siaran RTM menerusi aplikasi smartphone menerusi Play Store dan App Store.

Dari situ, anda boleh tonton siaran televisyen secara langsung iaitu TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, TV6 serta kandungan On Demand yang boleh tonton pada bila-bila masa sahaja.

Jadi sekiranya anda tiada tv, tapi nak tonton siaran RTM, boleh la download aplikasi RTMKLIK ini dimana-mana peranti yang disediakan.

Sebelum ini, jika nak tonton siaran rtm di android box, anda perlu masuk ke browser internet terlebih dahulu dan pastinya ianya leceh dan menyusahkan.

Kini tidak lagi. Anda boleh terus masuk ke aplikasi dan navigate dengan mudah dengan hanya menggunakan remote sedia ada sahaja.

Cara Install Aplikasi RTMKLIK Di Android Box

Sekiranya anda pengguna Android Box, anda kini sudah boleh mula download dan install aplikasi rtmklik secara sah dan tonton di tv secara online.

BACAMi Box S Antara Android Box Terbaik Anda Boleh Dapatkan

  1. Masuk ke Play Store di Android Box anda
  2. Kemudian cari rtmklik
  3. Akhir sekali, anda hanya perlu install sahaja. Siap!

Tak perlu daftar apa-apa, anda boleh guna terus aplikasi RTMKLIK dan boleh menonton saluran RTM secara percuma pada bila-bila masa sahaja.

Jadi harap sangat pihak Media Prima juga boleh sediakan aplikasi Tonton di Android Box bagi memudahkan menonton siaran seperti TV3 dan TV9 di tv secara online.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post