Bercuti Di DeFace Platinum, Kuala Lumpur

bercuti deface platinum kuala lumpur

Lokasi mana sesuai untuk bercuti ada kolam mandi, ada pemandangan cantik dan muat untuk 2 keluarga tetapi menawarkan harga yang berpatutan? Selepas survey, aku jumpa dan bermalamlah di DeFace Platinum Suites, Kuala Lumpur.

Ini antara biasanya ciri-ciri yang kami cari kalau nak bercuti di Kuala Lumpur bersama budak-budak. Mesti kena ada kolam renang dan sebagai tambahan dapat pemandangan KLCC dan juga harga tidak terlalu mencekik.

Hotel sebuah mungkin murah tetapi kalau dengan 2 keluarga, kena beli 2 bilik la jawabnya, jadi kena labur kos untuk 2 harga la kan. Jadi alternatif cari sebuah condo yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur berasingan tetapi dibawah rumah yang sama.

BACA : Bermalam Di Windmill Premium Suites Dihujung Minggu Bersama Keluarga

Selepas survey, kami buat keputusan untuk bermalam di sebuah apartment atau condo mewah iaitu DeFace Platinum yang terletak di tengah-tengah kota raya, Kuala Lumpur yang menawarkan semua ciri yang aku cari tersebut.

Review DeFace Platinum Suites, Kuala Lumpur

Aku buat tempahan untuk satu malam melalui platform Agoda (2 bedroom executive) iaitu pada hari Ahad dan Isnin sahaja dengan harga sekitar RM310 termasuk cukai dan caj perkhidmatan. Jadi itulah harga bersih yang aku perlu bayar untuk menginap disini.

Anda boleh tempah di Agoda - DISINI atau beli di Shopee - DISINI

Selepas selesai buah tempahan, anda akan menerima pengesahan menerusi Whatsapp. Jadi disinilah anda akan komunikasi dengan pihak pengurusan sepanjang masa. Nak tanya apa-apa, rujuk sahaja melalui Whatsapp tersebut.

Selepas menerima pengesahan tersebut, barulah anda boleh check-in dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula jam 3.00 petang. Anda perlu pergi bahagian lobby dan bertemu dengan staff mereka untuk dapatkan kunci rumah dan kad parking dengan hanya menunjukkan pengesahan daripada Whatsapp sahaja. Satu rumah, dapat satu parking slot tau. Kalau ada kereta lain, kena bayar.

cara check in deface platinum suites kuala lumpur

Jadi aku dapat sebuah rumah dengan 2 bilik di tingkat 15 tetapi sayang bukan menghadap Menara Kuala Lumpur. Tapi menghadap disebaliknya iaitu pemandangan Kampung Baru. Masih cantik dan berpuas hati sebab dapat tingkat yang tinggi.

Mereka menyediakan segala keperluan asas dalam rumah seperti tv, sofa, mesin basuh, stove & cerek elektrik, tuala, sabun mandi, pinggan mangkuk, selipar mandi dan sebagainya. Air Coway tiada, tapi merek bagi 5 botal mineral. Aku rasa cukup je. Nak masak tiada masalah, kuali disediakan juga.

bilik deface platinum suites kuala lumpur

bilik deface platinum suites kuala lumpur

bilik deface platinum suites kuala lumpur

bilik deface platinum suites kuala lumpur

Aku masuk bilik bersih, bilik air kering, semua barangan tersusun dengan baik dan tuala 4 helai pun di deco dengan baik di atas katil. Rumah sangat luas rasanya, kalau budak-budak nak berlari pun tiada masalah.

Rasanya tumpuan paling menarik pada DeFace Platinum ini iaitu kolam mandi. Ianya terletak di tingkat paling atas, roof top iaitu di tingkat 51. Bukan kolam mandi yang menjadi tumpuan utama tetapi pemandangan disebaliknya.

Disini sediakan infinity pool dimana kolam berada di hujung bangunan. Selain itu, disini anda akan dapat lihat Menara Kuala Lumpur dengan jelas dan jarak yang sangat dekat. Bapak gila cantik. KLCC juga dekat tapi sayang dihalang sikit boleh bangunan sebelah. Menara KL, lawa gila terutamanya malam.

kolam deface platinum suites kuala lumpur

kolam deface platinum suites kuala lumpur

kolam deface platinum suites kuala lumpur

Ada kolam untuk dewasa dan ada untuk kanak-kanak. Jangan risau. Kalau bawa anak kecil, pastikan anda sentiasa perhatikan mereka. Sebab berada di atas bangunan terbuka kan. Tapi jangan risau sangat pun, selamat je kat situ.

Selain itu, ada juga fasiliti gymnasium, tandas, restoren dan sebagainya yang tersedia di tingkat atas sekali ini atau roof top. Datang sini, tidak sah kalau tak naik tingkat atas sekali ni.

Disebabkan pandemik masih lagi berlaku, terdapat banyak SOP yang perlu dipatuhi terutamanya waktu mandi di kolam mandi dan gymansium tersebut. Ada waktu yang dieorang tutup untuk proses sanitasi dan sebagainya. Untuk rujukan, boleh tengok gambar kat bawa. Rancanglah dengan bijak.

kolam deface platinum suites kuala lumpur

Untuk makan, rasanya kawasan sekitar tak banyak sangat tempat makan, jadi kena jalan lebih sikit atau naik je monorel. Kalau malas, adalah lebih mudah untuk order online di Grabfood atau Foodpanda je. Dieorang boleh hantar.

Untuk lokasi, apartment ini terletak sangat hampir dengan KLCC dan Bangunan Kuala Lumpur. Jadi jika anda bermalam disini, anda akan disajikan dengan pemandangan kota raya yang sangat indah lagi-lagi jika waktu malam. Nak pergi semua tempat tu, walking distance sahaja.

pemandangan bercuti deface platinum kuala lumpur

Bukan itu sahaja. The Face Platinum ini juga dekat dengan pengangkutan Monorel iaitu stesen Bukit Nanas. Rasanya jalan tak sampai 5 minit dah sampai. Jadi menerusi pengangkutan ini, anda bolehlah pusing Kuala Lumpur nak cari makanan ke tanpa hadap jammed kan.

Tapi kalau anda tak minat nak berjalan kaki, disini juga terdapat tempat parking skuter Beam yang terletak betul-betul di pintu masuk apartment ini. Jadi anda boleh sewa Beam dan pusing KL dengan melalui jalan basikal yang ditetapkan. Syok beb!

Kesimpulan

Jadi segala fasiliti yang ditawarkan penuhi ciri yang aku cari dan paling best pastinya harga yang berpatutan. Bagi aku yang paling puas hati adalah lokasi infinity pool yang menghadap Menara KL tersebut.

Kalau untuk penambahbaikkan mungkin boleh kurangkan sedikit deposit (iaitu RM300) kepada RM200 paling kurang. Macam tinggi sangat. Tapi jangan risau, dia akan refund semula lepas check-out.

Selain itu, dapat usahakan kurangkan sikit harga parking untuk kereta tambahan. Weekend mungkin flat rate RM10, tapi hari biasa ikut jam dengan bermula RM6 sejam. Aku duduk hari biasa, kena caj sampai RM28 juga la.

Pekerja situ which guard pun strict sangat lah hahaha Nak mandi kolam pun susah. Nasib baik budak-budak boleh bersabar tunggu. Tapi itulah SOP dieorang kan.

Apa-apapun DeFace Platinum Suites, Kuala Lumpur terbaik. Aku boleh bagi 4/5 rating dan sangat recommended untuk mereka yang bercadang untuk menginap di Kuala Lumpur.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post