Drama Ulya Dini (Slot Megadrama Astro Ria)

drama ulya dini di megadrama astro ria

Menyusuli Bunga Hati, drama terbaru berjudul Ulya Dini akan mengisi slot Megadrama bermula 14 Februari 2022 yang akan disiarkan di Astro Ria.

Sebuah drama bukan adaptasi ini akan membawakan sebuah naskah yang diisi dengan kisah cinta, kekeluargaan dan persahabatan serta sarat dengan pengajaran.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Tam Suhaimi.

Ianya bakal menampilkan pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik seperti Hun Haqeem, Shaza Bae, Afiq Muiz dan Syazlin Zainal.

Selain itu juga, mereka dibantu oleh pelakon lain seperti Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Ross, Noralbaniah dan ramai lagi.

  • Hun Haqeem sebagai Dini
  • Shaza Bae sebagai Ulya
  • Afiq Muiz sebagai Hamdan
  • Fara Nadiah sebagai Najwa
  • Catriona Ross sebagai Ummi Yana
  • Syazlin Zainal sebagai Lin
  • Che Kem sebagai Encik Zaim
  • Noralbaniah sebagai Mak

drama ulya dini di megadrama astro ria

Sinopsis Drama Ulya Dini

Drama Ulya Dini mengisahkan watak Ulya yang dahulunya berbadan besar dan sering dibuli terutamanya oleh Lin iaitu anak kepada usahawan Kosmetik Umi Yana dan juga Dini iaitu abang kepada kawan baiknya, Hamdan.

Selepas kematian ayahnya, Ulya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di luar negara iaitu di Amerika Syarikat. Di sanalah, hidupnya Ulya berubah kearah yang lebih baik apabila dia berjaya menurunkan berat badan dan menjadi life style influencer dengan lebih 80,000 followers seluruh dunia.

Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat pengajian Siswazah tetapi dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka.

Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, dia pulang juga ke Malaysia.

Ulya yang menghidapi bulimia terpaksa menghadapinya semula apabila berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan taruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini.

Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat, memandangkan dia kini seorang influencer yang berjaya.

Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.

drama ulya dini di megadrama astro ria

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Ulya Dini bermula 14 Februari 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel bagi tontonan bila-bila masa sahaja

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post