Kini Di Temerloh! Review Ayam Goreng D Sara Fried Chicken (DFC)

Review Ayam Goreng Dariapda D Sara Fried Chicken

Beberapa minggu lalu, aku perasan restoren ayam goreng baru ada buka cawangan di Temerloh iaitu D Sara Fried Chicken. Jadi aku sempat merasa sendiri signature dish mereka iaitu Ayam Goreng.

Restoren ni rasanya cadang nak buka dah lama sejak 2021 lagi rasanya. Tetapi disebabkan pandemik, kemudian PKP dan baru-baru ni banjir pula di Temerloh, lama pula ambil masa kan.

Jadi rasanya pertengahan Januari, mereka berjaya juga siapakan sebuah restoren fast food yang mengfokuskan ayam goreng sebagai menu utama mereka disamping menu-menu sampingan yang lain.

Menu & Harga D Sara Fried Chicken (DFC)

Aku tak sangka, DFC ada menyediakan banyak pilihan makanan set. Anda boleh nikmat ayam goreng, fries, burger, coleslaw, air bikarbonate dan banyak lagi dengan tawaran satu harga sahaja.

Ada set MoDern Meals, Combo Eat-Fit, Macho Meals Combo, Okaru Combo, Nasi Ayam D Sara, Kids Delight dan boleh juga beli secara ala carte. Anda boleh boleh lihat menu penuh - DISINI

Review Ayam Goreng Dariapda D Sara Fried Chicken

Untuk pertama kali ini, aku cuba set Solo Plate 01 iaitu dengan menu 2-ketul ayam goreng, coleslaw, bubur ayam, potato wedges dan air pepsi dengan harga RM14.50. Kemudian tambahan fun fries RM4.00

Review Ayam Goreng D Sara Fried Chicken (DFC)

Review Ayam Goreng Dariapda D Sara Fried Chicken

Untuk rasa fun fries atau kentang goreng, bagi aku sedikit kecewa sepertinya menggunakan kentang goreng biasa yang anda boleh dapatkan di pasaran sahaja. Jadi rasanya tiada yang istimewa. Tambahan pula kalau sejuk, confirm tak sedap.

Sama juga untuk coleslaw, tiada yang istimewa dan rasanya di KFC punya lagi sedap sebab lagi pekat. DFC punya kalau nak makan kosong je pun, rasa sayur sangat. Aku tak suka.

Untuk potato wedges, rasanya sedap dan sama sahaja seperti di KFC. Jadi kalau makan sejuk ke panas ke tetap sedap. Rasa standard la kot. Btw mereka menggunakan sos cili jenama Swiss Bear. Boleh dapatkan - DISINI

Tetapi aku sangat-sangat suka untuk menu Bubur Ayam dan Ayam Goreng. Untuk bubur ayam, aku boleh katakan hampir serupa rasanya seperti bubur McD. Tiada rasa istimewa tetapi rasanya sedap, malahan saiznya juga besar. Memang kenyang la makan bubur DFC ni.

Manakala untuk menu utama mereka iaitu ayam goreng. Rasanya lain daripada ayam goreng yang ada di luar sana termasuk KFC. Dengan rasa rempah yang sedap dan pastinya rangup. Rasanya juga sedikit pedas berbanding ayam goreng biasa. Just nice je sebenarnya.

Review Ayam Goreng Dariapda D Sara Fried Chicken

Bukan itu sahaja, saiz ayam goreng mereka sama seperti saiz ayam dan bukannya saiz burung. Jadi sangat berbaloi kalau nak makan ayam goreng kat sini.

Jadi selepas aku nikmati D Sara Fried Chicken ni, aku rasa aku dah jumpa alternatif kepada ayam goreng KFC. Harga lebih murah, lebih sedap dan tidak kedekut saiz ayamnya.

Tapi mungkin kurang sedikit sebab setakat ini tiada perkhidmatan delivery atau penghantaran yang disediakan oleh pihak DFC. Mungkin lepas ni boleh masukkan dalam GrabFood, Halo atau Foodpanda yang kini sudah bertapak di Temerloh.

BACA : Lokasi D Sara Fried Chicken Di Seluruh Malaysia

Jadi boleh la datang ke restoren atau kiosk D Sara Fried Chicken berhampiran dengan anda. Disamping support produk tempatan. Info lanjut, boleh pergi ke laman web www.dsarafriedchicken.com

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post