Saksikan Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9 (Slot Diandra)

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Sebuah drama bersiri menerusi slot Diandra berjudul Tumpang Lalu Bang bakal menemui penonton bermula 2 Februari 2022 menerusi saluran TV9 bagi menggantikan Oh My Hantaran.

Drama bergenre romantik komedi arahan Eoon Shuhaini ini menampilkan barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, drama ini juga akan diserikan dengan pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain yang memegang watak sebagai Emma iaitu ibu kepada Sofiah.

Episod : 28
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Wan Mahani
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Pelakon & Watak

Berikut merupakan senarai pelakon dalam drama ini iaitu Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi.

  • Tomok sebagai Nizam
  • Kilafairy sebagai Sofiah
  • Aidil Aziz sebagai Sufian
  • Black Hanifah sebagai Sobri
  • Raja Afiq sebagai Syahrin
  • Afzan A. Rahman sebagai Syamil
  • Danial Dashui sebagai Shuib
  • Ziana Zain sebagai Emma (Ibu Sofiah)

Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang

Drama Tumpang Lalu Bang mengisahkan tentang Nizam yang jatuh cinta dengan Sofiah. Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya.

Walaupun begitu, akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian, Sobri, Syahrin, Syamil dan Shuib. Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. 

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam.

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Waktu Bersiaran

Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9 iaitu bermula 2 Februari ini.

Jika anda tidak sempat untuk menonton di tv, anda boleh tonton secara online di platform Disney+ Hotstar dengan langganan sebanyak RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Tonton Semua Episod Drama Tumpang Lalu Bang

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post