Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah mengumumkan pautan khas bagi Pengeluaran Khas KWSP maksimum 10K iaitu di pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Pautan tersebut boleh diakses atau waktu mula permohonan iaitu pada 1 April sehinggalah tarikh tutup pada 30 April 2022. Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 terus ke akaun bank anda.

Sekiranya anda ahli KWSP berumur bawah 55 tahun sama ada warganegara, bukan warganegara atau pemastautin tetap, anda layak untuk memohon Pengeluaran Khas ini.

Yang penting anda mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP.

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

Untuk Pengeluaran Khas, anda layak untuk keluarkan sehingga maksimum RM10,000 dan pengeluaran minimum adalah RM50.

BACAPembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibuat Secara One-Off. Ini Syarat Yang Perlu Anda Tahu

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022

Terdapat dua (2) cara untuk anda boleh buat permohonan iaitu menerusi i-Akaun (Ahli) atau melalui pautan khas. Kaedah permohonan ini adalah menerusi pautan khas.

1)  Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG

2)  Kemudian isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

3)  Seterusnya tekan Teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan

4)  Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B disebelah kanan. Tekan TERUSKAN

A - Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN

B - Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan

5)  Tekan TERUSKAN

6)  Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN

7)  Akhir sekali, semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan Tik sebelum tekan HANTAR. Selesai!

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP 2022

Anda boleh mula buat semakan permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui menu semak status permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau di menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post