Cara Mohon Tukar Kad BigPay Baru (Walaupun Belum Tarikh Luput)

Cara Mohon Tukar Kad BigPay Baru

Rasanya dah ramai yang mula beralih kepada pembayaran secara tanpa tunai atau cashless menggunakan eWallet dan salah satu yang terkenal adalah melalui BigPay.

Aku antara yang masih menggunakan BigPay yang mana satu-satunya perkhidmatan eWallet yang menyediakan kad fizikal (terbaru MAE Maybank). Mungkin ada kedai yang tak sediakan kod QR, jadi boleh la bayar guna kad VISA yang diberi.

BACA : Apa Itu BigPay Dan Kelebihan Yang Ada Pada BigPay? (Dapatkan RM10 Secara Percuma)

Aku dah gunakan hampir 4 tahun rasanya BigPay ni yang pada awalnya aku guna sebab nak dapatkan rate exchange yang rendah jika berbelanja di luar negara atau beli barang online menggunakan mata wang asing macam USD dan sebagainya.

Yes, sangat berbaloi kalau anda jenis selalu beli barang menggunakan USD sebab kadar tukaran wang asing dia rendah gila kot berbanding kalau guna perbankan online.

Jadi sebab dah lama aku guna BigPay bersama kad fizikal yang diberi, lama-lama kad fizikal aku tu makin buruk sebab selalu keluar masuk wallet kan. Nak tunggu kad expired lambat lagi untuk dapat kad baru.

So, aku cuba la tanya pihak BigPay sendiri adakah dibenarkan untuk tukar kad baru walaupun belum tarikh luput tanpa dikenakan sebarang bayaran. Rupanya boleh tukar secara percuma sahaja.

Cara Tukar Kad BigPay Yang Baru

kad bigpay visa terbaru

Kalau kad anda dah sampai tarikh luput, anda boleh boleh dapatkan kad gentian secara percuma. Tapi jika belum tamat tempoh, nak tukar kad baru anda kena bayar iaitu RM20, tapi buat masa ini pertukaran adalah percuma.

Aku apa lagi, teruslah mohon kad baru daripada BigPay. Caranya pun mudah sahaja, boleh mohon secara online guna aplikasi BigPay sahaja. Kalau tiada BigPay, boleh daftar dahulu – DISINI terlebih dahulu.

1) Buka aplikasi BigPay dan kemudian pergi bahagian Card

2)  Kemudiankan ‘on’ kan Freeze Card

3)  Klik pada Lost Or Stolen

4) Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai. Pastikan alamat rumah anda betul, kerana kad anda akan diposkan terus ke depan pintu rumah anda.

Kebiasannya kad baru akan mengambil masa 5-7 hari untuk sampai. Tapi pengalaman aku lebih kurang 15 hari baru sampai ke rumah dengan mengguanakn kurier City Link. Mungkin disebabkan keadaan semasa Covid-19

Cara Aktifkan Kad BigPay Yang Baru

Sumpah aku cakap, kad baru jauh lebih cantik, segar dan minimalis berbanding kad lama. Kad BigPay baru adalah kad VISA berbanding yang lama MASTERCARD.

perbandingan kad bigpay visa baru dan bigpay mastercard

perbandingan kad bigpay visa baru dan bigpay mastercard

Warna kad biru muda tanpa nombor kad dibahagian hadapan sangat menarik. Simple gila. Maklumat nombor kad semua pada bahagian belakang kad tersebut.

Jika kad baru anda dah sampai, anda masih belum boleh menggunakannya, anda peru aktifkan terlebih dahulu Untuk aktifkan, anda perlu masuk semula ke aplikasi BigPay > Card > kemudian klik pada ‘I have received my card’

Kemudian masukkan 3-digit CVC yang anda boleh dapatkan pada bahagian belakang kad anda. Akhir sekali, setkan no-pin kad baru anda tersebut. Selesai!

cara aktifkan kad bigpay baru

Kad lama anda kini tidak lagi berfungsi dan kad VISA BigPay anda yang baru kini sudah berfungsi dan disambungkan dengan aplikasi BigPay.

Boleh dah berbelanja seperti biasa.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman web BigPay di www.bigpayme.com

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post