Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

Tahukah anda sebenarnya anda boleh transfer duit Paypal anda ke akaun bank tempatan sedia ada yang boleh dibuat secara online pada bila-bila masa sahaja.

Bagi yang tak tahu, Paypal adalah sebuah sistem pembayaran online dimana anda boleh bayar barangan luar negara secara online dan dalam masa yang sama menerima duit daripada luar negara juga secara selamat.

Dalam bahasa mudah, ianya seperti sebuah eWallet tetapi diterima di seluruh negara dalam dunia ni. Fungsi sama seperti Boost, BigPay dan TnG eWallet tetapi ianya diterima diserta dunia.

Sekiranya anda link akaun bank, kredit kad atau debit kad pada akaun Paypal anda, anda boleh mula guna Paypal untuk buat apa-apa pembelian secara online di store yang mengambil bahagian.

Sekarang rasanya banyak laman web eDagang luar negara sudah menerima pembayaran menggunakan Paypal. Lepas ni mudah la nak shopping di eBay, Amazon dan sebagainya.

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank

Jika pada awalnya berkaitan duit keluar dari Paypal untuk berbelanja, tapi bagaimana pula kalau kita nak keluarkan duit yang kita peroleh dari Paypal masuk ke akaun bank kita?

Mungkin ada antara kita menerima bayaran freelance dari client oversea dan masuk ke akaun Paypal. Macam mana kita nak ambil duit tu untuk berbelanja di dalama negara?

BACACara Buat Invoice Sendiri Menggunakan Paypal

Caranya adalah withdraw Paypal money tersebut terlebih dahulu ke dalam akaun bank tempatan kita. Jika sudah, barulah boleh topup ShopeePay, GrabPay, berbelanja guna kad debit dan sebagainya guna duit tersebut.

Jadi disini akan ditunjukkan cara transfer duit Paypal ke dalam akaun bank tempatan anda dengan mudah.

1)  Terlebih dahulu Login akaun Paypal (www.paypal.com) seperti biasa menggunakan username dan password

2)  Kemudian pada halaman utama, anda boleh klik pada tab Wallet

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

3)  Pada bahagian ini, sekiranya anda belum sambungkan akaun bank anda, klik pada Link a bank dan kemudian masukkan butiran yang diperlukan. Paling penting nombor akaun bank tau. Untuk MEPS code, anda boleh rujuk SINI mengikut jenis bank.

Contoh : Maybank (MBISMYKL), Bank Rakyat (BKRMMYKL), CIMB (CIBBMYKL)

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

4)  Jika anda sudah sambungkan, pada halaman yang sama, klik pada Send payments

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

5)  Nak keluarkan duit tersebut, pada bahagian Money out, klik Transfer to your bank

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

6)  Jika anda menerima dalam matawang RM, nilai minima untuk keluarkan adalah RM30. Manakala matawang USD, tiada had minima.

Pilih matangwang USD dan klik Next

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

7)  Kemudian klik pada bank akaun yang telah kita sambungkan tadi, klik Next

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

8)  Masukkan jumlah yang anda ingin transfer ke akaun bank. Boleh keluarkan semua terus. Dah siap, klik Next

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

9)  Akhir sekali, anda boleh review terlebih dahulu segala maklumat yang telah anda tetapkan. Ingat yuran atau fee pengeluaran atau trasnfer adalah percuma (free). Nilai pengeluaran mungkin berbeza mengikut kada tukaran wang asing semasa.

Jika sudah siap, klik Transfer Now

Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank Secara Online

10)  Selesai! Tempoh transfer atau pemindahan duit ke akaun bank anda mungkin mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja sahaja.

Anda kena ingat, jika orang transfer duit ke akaun Paypal anda, anda akan dikenakan caj atau fee. Tetapi jika anda nak keluarkan duit atau withdraw duit Paypal anda ke akaun bank tempatan, caj adalah percuma.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang ingin transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank Malaysia.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post