Drama Beriani Gam Kak Aspalela Di Astro Ria (Gempak Original)

Drama Beriani Gam Kak Aspalela Di Astro Ria

Menyusuli Ex Aku Pontianak, drama Beriani Gam Kak Aspalela menjadi siri Gempak Original terbaru yang akan mula bersiaran pada 30 Mac 2022 di saluran Astro Ria.

Drama bersiri komedi ini diarahkan oleh Waan Hafiz dengan menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong dan rami lagi.

Tayangan : Gempak Original di Astro Ria
Pengarah : Waan Hafiz
Penulis Skrip : Sham Hashim
Produksi : Fastpro Solution

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama siri ini Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong, Sharifah Aryana, Zalif Sidek, Nizam Jentik-Jentik, Nick Davis dan ramai lagi

  • Sheila Mambo sebagai Kak Aspalela
  • Cik Manggis sebagai Ukisya
  • Chacha Maembong sebagai Umaya
  • Sharifah Aryana sebagai Ulala
  • Zalif Sidek sebagai Abe Latif
  • Nick Davis sebagai Hock Seng

Drama Beriani Gam Kak Aspalela Di Astro Ria

Sinopsis Drama Beriani Gam Kak Aspalela

Drama Beriani Gam Kak Aspalela mengisahkan tentang Kak Aspalela, seorang penjual Nasi Beriani Gam yang disukai ramai.

Setiap Ramadan, nasi beriani beliau amat laris dan dicari-cari di TTDI. Bagaimanapun, anak-anak gadisnya, Ukisha, Umaya dan Ulala amat malas untuk membantunya di warung. Mereka lebih berminat untuk menjual produk kosmetik.

Suatu hari Kak Aspalela berpura-pura hilang ingatan. Demi menyelamatkan perniagaan warung ibu mereka, anak-anak gadis Kak Aspalela terpaksa belajar untuk memasak Nasi Beriani Gam mengikut resepi ibu mereka.

Adakah mereka berjaya untuk menyelamatkan perniagaan ibu mereka? Untuk mengetahui nasib warung ‘Beriani Gam Kak Aspalela’, saksikan di Astro Ria

Drama Beriani Gam Kak Aspalela Di Astro Ria

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Beriani Gam Kak Aspalela bermula 30 Mac ini, setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam di Astro Ria.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau secara online menerusi Astro Go dan aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post