Drama Kerana Dia Suka Di Slot Lestary TV3

Drama Kerana Dia Suka Di Slot Lestary TV3

Menyusuli Cinta Amnesia, drama Kerana Dia Suka pula akan mengisi slot Lestary bermula 9 Mac 2022, yang disiarkan di TV3 dan juga menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan adaptasi novel Kerana Dia Suka karya Marissa, terbitan Zeel Production Sdn. Bhd, arahan Kyoll Hamzah hasil nukilan skrip daripada Mufid Suhaimi dan Next Scene Team.

Kerana Dia Suka bakal menampilkan gandingan baru buat pertama kali antara Fikry Ibrahim dan Rita Nadira beserta pelakon hebat lain termasuk Nasha Aziz yang mana kita dah lama tak nampak beliau muncul di kaca tv.

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Kyoll Hamzar
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi & Next Scene Team
Penerbit : Norazhar Baharudin
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd

Drama Kerana Dia Suka Di Slot Lestary TV3

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma, Zain Saidin dan ramai lagi.

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Rozita Che Wan sebagai Hajah Mariah
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah
  • Fendi London sebagai Haji Budin
  • Riz Amin sebagai Ijoi
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Ezany Nizarif sebagai Dato Zack
  • Marisa Yasmin sebagai Datin Frida
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Zain Saidin sebagai En Khalid

OST Drama

Judul : Kan Kan
Penyanyi : Zarol Zarif
Komposer : Cat Farish & Suffren Ghafar
Lirik : Cat Farish, Zarol Zarif & Amri Aziz

Sinopsis Drama Kerana Dia Suka

Drama Kerana Dia Suka mengisahkan tentang Wardina yang membawa diri setelah tunangnya ditangkap khalwat dengan Aida walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam merawat kekecewaan hati kerana perilaku tunangya, Wardina telah bertemu dengan Idham ketika membawa diri ke tempat orang dan lama-kelamaan dia selesa berkawan dan mula suka dengan lelaki tersebut.

Namun begitu, Wardina terpaksa melupakan perhubungan mereka setelah mengetahui Idham sebenarnya tunangan orang. Jadi Wardina membuat keputusan untuk tidak mahu merampas hak orang lain dan dalam masa yang sama Idham tetap juga mengejar dirinya.

Adakah Idham akan memutuskan hubungan dengan tunangnya demi mendapatkan Wardina? Adakah Wardina akan menemui kebahagian pada akhirnya?

Drama Kerana Dia Suka Di Slot Lestary TV3

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama siri Kerana Dia Suka yang akan mula bersiaran pada 9 Mac ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Selain itu, anda boleh tonton secara online di Disney+ Hotstar dan aplikas mudah alih di Play Store atau App Store dengan harga langganan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan. Tayangan adalah lebih awal daripada di tv.

Tonton Semua Episod : Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post