Tonton Drama Sayang Tak Dikenang (Slot Akasia TV3)

drama sayang tak dikenang di tv3 dan disney plus hotstar

Menyusuli 3 Nota Cinta, drama Sayang Tak Dikenang akan mengisi slot Akasia bermula 4 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar pada yang yang sama

Drama bersiri 28 episod yang diinspirasikan dari novel 'Sayang Tak Dikenang' karya Wazrul Shah merupakan terbitan FJ Pictures Sdn. Bhd. diarahkan oleh Feroz Kader dan nukilan skrip oleh Shida Zali, Amin Shakib dan Mia Marziah

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3 & Disney+ Hotstar Malaysia
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Shida Zali, Amin Shakib & Mia Marziah
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Drama Sayang Tak Dikenang menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Andy Teh, Riz Amin, Meor Mohd, Mimie Amirah, Jasmine Ashraff, Kak Girl dan ramai lagi.

drama sayang tak dikenang di tv3 dan disney plus hotstar

  • Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
  • Ruhainies sebagai Ayu Izhani
  • Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
  • Andy Teh sebagai Erick
  • Sera Melissa sebagai Amalin
  • Riz Amin sebagai Omar
  • Meor Mohd sebagai Aakif
  • Mimie Amirah sebagai Nazneen
  • Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
  • Kak Girl sebagai Roslaini

Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang

Drama Sayang Tak Dikenang mengisahkan tentang Ayu Izhani dan Hattin Isabella, dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama.

Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani.

Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.

Dalam pada itu, Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu.

Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.

Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia.

Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut.

Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 

Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya.

drama sayang tak dikenang di tv3 dan disney plus hotstar

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk tonton drama Sayang Tak Dikenang bermula 4 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Ahad (setiap hari), jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Anda boleh saksikan drama ini lebih awal daripada tayangan di tv apabila menonton di www.hotstar.com/my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar di App Store dan Play Store dengan langganan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Tonton Semua Episod Drama Sayang Tak Dikenang

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post