Elica Paujin Juara Big Stage 2022, Bawa Pulang RM100,000

Elica Paujin Juara Big Stage 2022, Bawa Pulang RM100,000

Syabas Elica Paujin! Pasti ramai tertanya-tanya siapa yang menang malam ni kan? Ini kerana Big Stage 2022 bagi musim kali ini kita nampak top 3 yang biasa diumumkan setiap minggu adalah hampir orang yang sama.

Inilah kejutan yang ada dalam Big Stage. Ramai yang bertepuk gemuruh apabila pengumuman pemenang atau juara telah dibuat oleh pengacara Alif Satar dan Sherry Al-Hadad pada malam tersebut.

Elica Paujin yang menyanyikan lagu Cinta nyanyian asal Misha dan lagu Believer duet bersama artis jemputan Hael Husaini telah menewaskan empat peserta lain yang terdiri dariapda Tegar Septian, Aisha Retno, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer.

Senarai Penuh Pemenang BIG STAGE 2022

Juara : Elica Paujin (78.93%)

Naib Juara : Danial Chuer (72.62%)

Tempat Ke-3 : Aisha Retno (71.04%)

Tempat Ke-4 : Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat Ke-5 : Tegar Septian (59.13%)

Elica Paujin juara Big Stage 2022 berjaya merangkul wang tunai RM100,000 dan piala Big Stage musim keempat.

Naib juara, Danial Chuer berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000. Dia membawakan lagu Hilang Naluri bagi lagu tema Ultimatum Solo dan lagu Still Love You bagi segmen duet (Ultimatum Duet) bersama Shila Amzah.

Tempat ketiga dirangkul oleh Aisha Retno yang membawakan lagu Fallin’ untuk ultimatum solo dan lagu Semua Jadi Satu di segmen duet bersama Jaclyn Victor

Aisha Retno berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 bagi tempat ketiga beserta piala Big Stage

BACAAzzam Shah Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ketiga

Tempat keempat diraih oleh Yazmin Aziz yang berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan piala Big Stage.

Yazmin Aziz membawakan lagu Seksis bagi lagu solo dan lagu Pawana di segmen duet bersama Syamel. 

Tempat kelima dimenangi oleh Tegar Septian yang membawakan lagu It’s Only Me untuk lagu solo dan lagu Ada Gajah Dibalik Batu di segmen duet bersama Sufi Rashid

Tegar Septian membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta piala Big Stage

Dalam pentas final, peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo dengan tema Ultimatum Solo dan duet bersama artis jemputan untuk temat Ultimatum Duet.

Kesemua persembahan dinilai oleh 2 juri tetap Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Ajai, Juri Juara Aliff Aziz dan Aina Abdul, Juri Pedas Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Presiden Nitizen iaitu Datuk Sri Vida yang mewakili 70% dan 30% lagi daripada undian online.

Big Stage Musim Ke-4 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go.

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post