Karya Terakhir Mamat Khalid, Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Di Astro First

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Di Astro First

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali merupakan sentuhan terakhir seniman terulung Mamat Khalid yang akan menemui penonton di Astro First mulai 3 Mac 2022.

Filem ini merupakan idea asal daripada Allahyarham dan penghasilan skrip juga daripada beliau tetapi ianya disempurnakan oleh anak anaknya sendiri, Amen Khalid sebagai pengarah.

Kita mungkin sudah biasa dengan 'Universe Kampong Pisang' sebelum-sebelum ini dan kali ini Enjit-Enjit Production dengan kerjasama Astro Shaw bawakan sekali lagi filem komedi seram berjudul Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Tayangan : Astro First 480
Pengarah : Amen Khalid
Idea Asal : Allahyarham Mamat Khalid
Penulis Skrip : Allahyarham Mamat Khalid
Produksi : Enjit-Enjit Semut Production & Astro Shaw

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Di Astro First

Barisan Pelakon

Pelakon-pelakon masih dikekalkan seperti filem atau telefilem sebelumnya seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri, Ahmad Yassin dan Rasydan Zakaria.

Selain itu, terdapat juga pelakon seperti Nizam Mok Ram, Joey Daud, Yeop Hitlet, Rashid Othman, Anis Nisham, TJ Isa, Wong Wei Tian, Azman Mantra, Dollah Cantik dan penampilan khas daripada Datin Paduka Eina Azman.

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M Osman Pak Jabit
  • Mat London sebagai Pak Krim
  • Dewa Sapri Cik Purnama
  • Ahmad Yassin sebagai Yassin
  • Rasydan Zakaria sebagai Adan
  • Nizam Mok Ram sebagai MA Mok
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Yeop Hitlet sebagai Manap Sengau
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
  • Anis Nisham sebagai Yati
  • Wong Wei Tian sebagai Teck Zee
  • TJ Isa sebagai Khuda
  • Azman Mantra sebagai Cik Gerhana
  • Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek
  • Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong

Sinopsis Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mengisahkan tentang seorang nelayan bernama Cik Gerhana, yang juga merupakan adik kepada Cik Purnama yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang ditemuinya dalam satu upacara perayaan di Kampong Pisang.

Pada masa yang sama, misteri masih berlegar di sekitar Kampong Pisang mengenai kemunculan Hantu Kum Kum yang menyasarkan bayi yang baru lahir. Ianya turut berlaku pada Gerhana sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila roh bekas penghibur Mak Yong bernama Cik Mek meninggal dunia muda dan berusaha untuk membalas dendam kematiannya di Kampong Pisang.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas sesama sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Di Astro First

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk tonton filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang akan ditayangkan di Pawagam Rumah Anda di Astro First mulai 3 Mac 2022 (Khamis).

BACA : Cara Langgan Filem Di Astro First & Astro Best Untuk Tahun 2022

Anda boleh langgan dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam secara berulang-ulang. Pergi ke saluran 480 atau boleh juga strim di Astro Go atau secara On Demand.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post