Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 Dibuat Bermula 28 Mac (Isnin)

pembayaran bkm dibuat mulai 28 mac 2022

Berita baik dimana Kerajaan telah mengumumkan pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara berperingkat mulai hari ini, 28 Mac 2022 (Isnin).

Pembayaran bernilai hampir RM2.0 bilion ini merupakan antara inisiatif bantuan tunai yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Melalui pengumuman di Bajet 2022 tersbebut, Bantuan Keluarga Malaysia tersebut adalah bernilai RM8.2 bilion secara keseluruhan bagi 9.6 juta penerima

kadar pembayaran bantuan keluarga malaysia

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Mereka yang menerima adalah dikalangan isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang yang kesemuanya adalah 8.6 juta penerima.

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) yang akan dimasukkan terus ke akaun bank. Manakala bagi pembayaran secara tunai (tanpa akaun bank) akan dibuat mulai 30 Mac 2022

pembayaran bkm dibuat mulai 28 mac 2022

Cara Buat Semakan Status Kelulusan BKM

Jadi untuk ketahui status kelulusan BKM yang mana adakah anda layak menerima bantuan ini, anda boleh semak di pautan https://bkm.hasil.gov.my mulai 28 Mac 2022.

BACAKod Tidak Lulus BKM 2022 Dan Dokumen Sokongan

Sekiranya anda tidak berjaya, anda boleh buat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan di pautan yang sama.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post