Rasa Light Pink Guava Tealive Sedap Weh! Korang Kena Cuba

review menu baru tealive pink guava

Tealive kembali lagi dengan pengenalan menu baru dan kali ini mengenakan buah-buahan jambu merah atau Pink Guava Tealive yang mana korang patut cuba.

Aku rasa macam tak pernah pula cuba jambu batu merah ni yang mana biasa rasa jambu air merah tu je. Mungkin ini kali pertama bagi aku atau sebelum ni pernah cuba tak ingat. Entahlah.

Untuk pengenalan awal, kalau korang minat jambut batu merah ni mesti korang juga suka dengan menu Pink Guava Tealive ni. Aku tak pernah rasa pun, suka juga air kali ni.

Sempena dengan pengenalan menu edisi terhad ini, bagi menu-menu istimewa yang lain sepertinya mereka masih jual seperti Mangold, Famous Amos dan Panda Lava. Boleh je nak dapatkan minuman tu juga.

Review Pink Guava Tealive

Seperti menu-menu baru sebelum ini, pastinya akan ada variasi yang diperkenalkan dan kali ini didatangkan dengan 3 pilihan dan tanda harga iaitu

  • Pink Guava Milkshake bersama Roselle Jelly (RM10.90)
  • Sparkling Pink Guava bersama Roselle Jelly (R-RM8.30 dan L-RM9.35)
  • Pink Guava Tea bersama Roselly Jelly (R-RM8.30 dan L-RM9.35)

pilihan menu baru tealive pink guava

Daripada 3 variasi tersebut, macam menu sebelum ini juga, aku beli jenis Pink Guava Milkshake with Roselle Jelly. Anda boleh beli di kaunter, menggunakan aplikasi Touch 'N Go eWallet atau guna Shopee - SINI bagi dapatkan 3% cashback.

Pastinya rasa Pink Guava Milkshake ni lebih berlemak kerana ada susu bersama campuran pink guava. Yang bagi aku menjadikan rasa lebih enak dan lebih light untuk diminum.

Buah jambu merah campur susu menjadikannya rasa lebih seimbang dimana tidak terlalu manis atau sebeliknya. Cukup sekadar normal sugar sahaja. Tak perlu tambah lebih pun.

Tidak cukup dengan itu ada pula roselle jelly tu membuatkan lebih sedap. Dah hampir lupa Tealive sebenarnya terkenal dengan bubble.

rasa pink guava tealive sedap gila

Memang ngam la Pink Guava Tealive bersama Roselle Jelly ni. Kombinasi yang kena seperti menu-menu sebelumnya. Sambil minum, sambil makan jelly.

Sepertinya boleh repeat air baru Tealive ni. Tapi sebab ianya minuman manis, janganlah minum dengan kerap keh. Tapi yang belum cuba, korang kena cuba sekarang Pink Guava Tealive.

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post