Review Menu Baru Ice Blended Green Tea McDonalds. Kena Cuba!

Ice Blended Green Tea Tengah Terbaru Dari McDonalds

Beberapa hari lepas, dalam medis sosial terutamanya twitter ramai yang review katanya menu baru McCafe Ice Blended Green Tea sedap sangat.

Katanya gree tea atau Matcha Green Tea ni lebih sedap daripada Matcha Starbucks. Tapi yang tu aku tak pernah beli tapi pernah rasa sikit je orang punya.

Secara jujur, aku suka Matcha green tea ni lagi-lagi perisa aiskrim yang biasa dijual di family mart. Kalau singgah situ, memang aiskrim matcha tu la aku cari. Selain sedap, aiskrim dia murah.

Tapi kali ini sebab dah viral, aku kena la rasa sendiri yang katanya sedap sangat tu. Untuk mengelakkan kena bayar mahal kalau delivery, kena la beratur panjang untuk drive-thru. 

Panjang saja la beratur sekarang. Sebab dah sehala nak balik rumah, cuba la beratur juga. Dekat 15 minit juga tunggu giliran

Review Ice Blended Green Tea

Pada awal Mac yang lalu, McDonalds ada keluarkan 3 variasi menu baru McCafe iaitu Ice Blended Green Tea dan Green Tea Latte serta Green Tea McFlurry. Harga masing RM12.90 untuk kedua ice blended dan RM5.99 untuk McFlurry.

BACAPertama Kali Dapat Rasa Mcflurry Durian McD

Ice Blended Green Tea Tengah Terbaru Dari McDonalds

Dalam ketiga-tiga menu ni, aku cuba menu original dia Ice Blended Green Tea atau Teh Hijau Ais Kisar. Anda boleh dapatkan baucer McDonalds - DISINI

Ianya adalah ice blended jadi bukan seratus peratus air. Jadi anda boleh jangka akan ada ketulan ais batu kecil dalam minuman tersebut. Sebab dia bagi straw kecil, kadang susah juga nak sedut.

Untuk tambahan, ais kisar tersebut akan diletakkan whipped cream pada bahagian atas. Jangan risau, tak ganggu rasa pun. Mungkin sekadar persembahan sahaja.

Menu baru ni memang sesuai la kalau minum masa tengah panas. Anda boleh merasai pengalaman yang menyegarkan setiap kali sedutan.

Ice Blended Green Tea Tengah Terbaru Dari McDonalds

Untuk rasa pula, sebenarnya bagi aku sama sahaja seperti Matcha Green Tea yang lain. Rasanya tidaklah terlalu istimewa pun tapi tetap SEDAP! Kalau nak compare dengan Starbucks, aku tak pasti. Rasanya sama je kot.

Untuk kemanisan pula just nice. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu plain. Itulah cakap, nak minum tu sedap je tekak. Just nice. Kadang dapat ketulan ais kisar pun best.

Bagi aku McCafe Ice Blended Green Tea boleh repeat tapi kena beli di kaunter McD atau drive-thru la. Kalau delivery boleh sampai RM18 tau seketul. Nak banding dengan starbucks for sure tu lagi mahal.

Tapi mungkin orang kata yang Ice Blended Green Tea Latte tu lagi sedap. Entah la. Kalau betul. Mungkin kena repeat lagi la lepas ni. hehe Mungkin kena try McFlurry juga. 

Jadi korang dah try belum menu baru McDonalds ni?

3/Post a Comment/Comments

  1. wahhh nanti nak try lah ice blended green tea mcd.. haritu dah rasa ice cream matcha dia,, boleh lah tahan tapi tak berapa minat sebab sikit2 termakan serbuk matcha dia, tapi kalau dia gaul sekali mungkin sedap kottt..

    ReplyDelete
  2. Aku dah makan green tea mcflurry, aiskrim dia memang manis kalau bagi aku. Serbuk dia pahit kena gaul betul-betul baru nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak rasa mcflurry. Tengok habis je memanjang

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post