Cara Keluarkan Duit BigPay Ke Akaun Bank

Cara Keluarkan Duit BigPay Ke Akaun Bank

Tahukah anda kini BigPay telah memperkenalkan ciri terbaru dimana anda boleh keluarkan duit atau cash-out ke dalam akaun bank tempatan anda.

Ciri terbaru ini diperkenalkan susulan BigPay kini telah menyokong DuitNow yang mana ianya akan menghubungkan akaun BigPay dan akaun bank.

Jadi lepas ni kalau anda rasa, anda ingin gunakan cash pada waktu-waktu terdesak, kalau ada duit dalam BigPay, boleh keluarkan duit tersebut dan masuk ke akaun bank. Kemudian boleh withdraw daripada mesin ATM.

BACACara Mohon Tebus RM150 ePemula Guna BigPay

Kini BigPay adalah eWallet yang boleh digunakan untuk buat pembayaran, menerima duit, keluarkan duit dan menghantar duit kepada pengguna lain.

Cara Daftar Akaun BigPay

Bagi yang masih tidak mempunyai akaun BigPay, tahukan anda BigPay antara eWallet paling menarik yang ada. Ini kerana mereka juga akan bagi kad fizikal VISA yang juga berfungsi sebagai Kad Debit. Anda boleh swipe bagi pembayaran Debit.

kad bigpay

Jadi jika berminat, anda boleh daftar akaun BigPay sekarang

  1. Download aplikasi BigPay [Play Store | App Store]
  2. Daftar dengan menggunakan nombor telefon sehingga selesai.
  3. Isi butiran peribadi seperti yang diminta. Yang penting masukkan alamat kediaman bagi proses penghantaran Kad VISA tersebut.
  4. Jangan lupa untuk masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma
  5. Daftar sehingga selesai. Jika anda sudah verify, anda boleh terus menggunakan BigPay

Cara Keluarkan Duit Daripada BigPay

Kini setiap akaun BigPay telah mempunyai akaun DuitNow tersendiri. Anda boleh semak pada bahagian Setting dan dipaparkan pada halaman tersebut.

  1. Buka aplikasi BigPay > Payment dan klik pada DuitNow Transfer
  2. Untuk transfer duit anda masuk ke akaun bank, pilih Account Number
  3. Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan dengan nilai minimum RM1. 
  4. Kemudian pilih, masukkan no. akaun bank, pilih "Fund Transfer", tetapkan reference dan jika sudah siap klik Next.
  5. Semak terlebih dahulu butiran dan jika sudah tepat klik Send
  6. Wang tersebut akan terus masuk ke dalam akaun bank dalam hari yang sama. Selesai!

Cara Keluarkan Duit BigPay Ke Akaun Bank Guna DuitNow

Proses cash-out ini adalah percuma dan tiada caj dikenakan. Anda boleh pilih Maybank, Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB, Citibank, BSN dan banyak lagi bank yang menyokong.

Manakala untuk eWallet, anda boleh pindah wang ke Boost, Finexus Cards dan juga Touch 'n Go eWallet.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke pautan www.bigpayme.com/bigpay-duitnow

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post