Cara Semak Baki Akaun KWSP

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Kini terdapat pelbagai cara untuk anda buat semakan baki akaun KWSP anda sama ada secara manual atau dengan mudah menggunakan perkhidmatan secara online sahaja.

Mungkin anda daripada anda ingin tahu adakah majikan anda buat caruman untuk anda, jadi anda boleh semak baki akaun anda dan dari situ anda boleh tahu caruman yang masuk.

Atau mungkin anda ingin buat semakan sebelum buat pengeluaran seperti i-Citra, i-Lestari, i-Sinar dan termasuk Pengeluaran Khas. Ini kerana anda perlu semak terlebih dahulu baki akaun supaya mencukupi.

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Pihak pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) siap membantu anda bagi memudahkan pelbagai urusan termasuklah buat semakan baki akaun.

Terdapat tiga cara anda boleh buat untuk ketahui baki akaun KWSP iaitu secara manual atau secara online.

#1.  Kiosk KWSP

Jika secara manual, anda boleh datang ke mana-mana cawangan KWSP untuk buat semakan. Anda boleh pergi ke kiosk yang disediakan untuk buat semakan baki akaun. Hanya perlu bawa MyKad asal anda sahaja.

semak baki akaun di kiosk kwsp

Dengan cara atau kaedah ini, pastinya anda perlu menunggu giliran dan beratur panjang sekiranya ramai yang ingin menggunakannya juga. Sedikit sebanyak anda perlu masa yang lama disamping kos tambahan seperti kos pengangkutang.

#2.  Melalui Pautan i-Akaun (Ahli)

Urusan anda kini lebih mudah bila KWSP kini menyediakan perkhidmatan i-Akaun yang boleh diakses secara online menerusi laptop atau komputer anda.

Anda tidak perlu lagi beratur panjang di kiosk atau kaunter bagi urusan KWSP. Semua urusan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi i-Akaun termasuklah buat semakan baki akaun.

Selain itu, antara urusan yang anda boleh lakukan menggunakan i-Akaun ialah:

  • Semakan baki akaun
  • Semakan caruman sendiri
  • Semakan sejarah pengeluaran
  • Permohonan e-Pengeluaran
  • Daftar i-Saraan
  • Pendaftaran Simpanan Shariah
  • Muat turun penyata ahli
  • Mengemaskini profile dan banyak lagi

Jadi anda perlulah terlebih dahulu daftar i-Akaun dan aktifkan.

Jika sudah buat pendaftaran dan mengaktifkan i-Akaun Online, anda kini boleh buat semakan baki akaun KWSP secara online sahaja.

1)  Anda Login di secure.kwsp.gov.my/member/ dengan menggunakan USER ID dan Password

2)  Pada halaman utama, terus anda akan nampak baki akaun kwsp keseluruhan pada bahagian Account Summary bagi Akaun 1 dan Akaun 2 pada tarikh semasa.

3)  Untuk lebih details, anda boleh pergi pada tab My Account > Statement. Akan dipaparkan segala caruman yang telah dibuat sejak pendaftaran akaun.

semak baki akaun kwsp guna i-akaun ahli

Mudah je kan!

#3.  Aplikasi i-Akaun (Ahli)

Kini lebih dipermudahkan urusan apabila KWSP telah menyediakan aplikasi i-Akaun khusus bagi pengguna telefon pintar.

Ini bermakna segala perkara yang anda boleh lakukan di pautan i-Akaun, kini anda boleh lakukan di telefon pintar sahaja iaitu dengan menggunakan aplikasi i-Akaun termasuklah buat semakan baki akaun.

Sekiranya anda sudah daftar i-Akaun, anda secara automatik boleh menggunakan aplikasi i-Akaun. Download di Play Store, App Store atau App Gallery.

1)  Login akaun anda di aplikasi i-Akaun dengan menggunakan USER ID dan Password yang sama

2)  Anda akan dibawa ke halamn utama dan disitu juga akan dipaparkan jumlah baki akaun KWSP anda bagi Akaun 1 dan Akaun 2.

semak baki akaun kwsp guna aplikasi i-akaun ahli

Lebih mudah kan!

Anda kini tidak perlu lagi penat beratur di cawangan KWSP, kerana adanya perkhidmatan online menerusi i-Akaun. Semua perkara anda boleh lakukan secara online termasuk untuk semak baki akaun KWSP anda.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman web www.kwsp.gov.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post