Drama Aku Pilih Bahagia Di TV1 (Widuri Ramadan)

Drama Aku Pilih Bahagia Di TV1

Menyusuli Nurlaila, drama Aku Pilih Bahagia akan mengisi slot Widuri khas Ramadan bermula 3 April 2022 yang akan disiarkan melalui penyiar siaran RTM di TV1.

BACATelefilem Bisikan Ilahi Di TV1 (Panggung RTM)

Drama bersiri yang diinspirasikan dari novel 'Aku Pilih Bahagia' karya Umie Nadzimah merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd, diarahkan oleh pengarah hebat Bade Hj Azmi dengan hasil nukilan skrip oleh Baizura Kahar.

Episod : 30
Tayangan : Slot Widuri Khas Ramadan di TV1
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama Aku Pilih Bahagia Di TV1

Pelakon

Drama ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Emma Maembong, Alvin Chong, Fizz Fairuz, Bella Dally, Nadya Syahera, Meor Mohd dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Dhiya\
  • Fizz Fairuz sebagai Aidan
  • Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
  • Bella Dally sebagai Humaira
  • Nadya Syahera sebagai Arneesa
  • Meor Mohd sebagai Farhan

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia

Drama Aku Pilih Bahagia mengisahkan tentang Dhiya iaitu seorang isteri yang disayangi tetapi bukan dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan.

Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama.

Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai.

Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung.

Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, tambahan pula Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream?

Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Drama Aku Pilih Bahagia Di TV1

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Aku Pilih Bahagia bermula 3 April ini, setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 3.00 petang menerusi slot Widuri Khas di TV1 dan siaran ulangan pada jam 6.00 pagi.

Drama siri ini juga anda boleh tonton secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Aku Pilih Bahagia Di TV1 (Widuri Ramadan)"