Saksikan Drama Harith Fayyadh Di Slot Akasia TV3

Drama Harith Fayyadh Di TV3

Menyusuli Sayang Tak Dikenang, drama Harith Fayyadh akan mengisi slot Akasia bermula 1 April 2022 yang akan disiarkan di TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Drama bersiri 15 episod ini merupakan idea asal daripada Mama Bella yang juga penulis skrip bersama Dr. Mohd Shahremy Ikmal, diarahkan oleh Ayie Mustafa terbitan Sha's Media Sdn. Bhd.

Episod : 15
Tayangan : Slot Akasia & Samarinda di TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Ayie Mustafa
Idea Asal : Mama Bella
Penulis Skrip : Dr. Mohd Shahremy Ikmal dan Mama Bella
Produksi : Sha's Media Sdn. Bhd.

Drama Harith Fayyadh Di TV3

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Badrul Muhayat, Shamsul Ghau Ghau, Zoul Muhammad, Fauziah Nawi, Ameerul Asyraf dan ramai lagi

  • Hafidz Roshdi sebagai Harith
  • Adam Lee sebagai Fayyadh
  • Nad Zainal sebagai Sarah
  • Cahaya Nilam sebagai Vivy
  • Julia Farhana sebagai Shila
  • Hasnul Rahmat sebagai Kamal
  • Dynas Mokhtar sebagai Arisa
  • Fauziah Nawi sebagai Dato' Ainon
  • Ameerul Asyraf sebagai Adam

OST Drama

Tajuk Lagu : Restu
Penyanyi : Ikhwan Fatanna
Lirik : Ikhwan Fatanna
Komposer : Ikhwan Fatanna

Sinopsis Drama Harith Fayyadh

Drama Harith Fayyadh mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Harith dan Fayyadh yang mana mereka dihimpit konflik dan konspirasi angkara harta warisan keluarga.

Harith dibenci oleh ibunya sendiri, Arisa kerana arwah suaminya Bakri yang telah mencuranginya sebelum ini. Arisa sepertinya seakan nampak bayangan Bakri pada wajah anaknya, Harith.

Dato Ainon gembira cara Kamal melayan Harith yang tidak sempat merasa kasih sayang daripada seorang ayah. Oleh itu, Dao Ainon mahukan Harith dan Fayyadh mengambil alih perniagaanya.

Namun begitu, mereka lebih memilih haluan masing-masing dimana Harith memilih bidang agama manakala Fayyadh lebih cenderung kepada bidang glamor.

Drama Harith Fayyadh Di TV3

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Harith Fayyadh bermula 1 April ini, setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Drama bersiri ini akan tersedia lebih awal pada hari yang sama berbanding tayangan di tv. Jadi anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan di Disney+ Hotstar atau melalui aplikasi mudah alih.

1/Post a Comment/Comments

  1. ni duk main tukar slot siaran kalau x tahu memang byebye jelahh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post