Drama Menantu Mek Barber Di TV3

Drama Menantu Mek Barber Di TV3

Istimewa Ramadan ini, TV3 akan bawakan sebuah mini drama berjudul Menantu Mek Barber yang akan mula ditayangkan dan menemui penonton pada 3 April 2022.

Sebuah drama siri arahan pengarah yan tidak asing lagi, Along Kamaludin bakal menampilkan gandingan pelakon utama yang juga pasangan suami isteri iaitu Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.

Episod : 5
Tayangan : TV3
Pengarah Along Kamaludin
Idea Asal : Tommy Loh
Penerbit : Mejar (k) David Teo
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Dalam drama Menantu Mek Barber ini menampilkan barisan pelakon seperti Didie Alias, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Syed Ali Murtadha, Putri Qaseh, Nur Damia Danisha dan ramai lagi

  • Fadzil Zahari sebagai Daniel
  • Yana Samsudin sebagai Marisa
  • Didie Alias sebagai Mek Som
  • Syed Ali Murtadha sebagai Rykal
  • Nur Damia Danisha sebagai Qisya
  • Nur Damia Danisha sebagai Lily

Sinopsis Drama Menantu Mek Barber

Drama Menantu Mek Barber mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Danial yang membawa anak kecilnya iaitu Qisya dan Rykal menetap di rumah kampung ibu mentua selepas kematian isteri.

Ibu mentuanya iaitu Mek Som membantu Danial membesarkan anak-anaknya sambil membantu Danial menguruskan sebuah kedai barber hipster yang popular yang menjadi tempat lepak orang-orang kampung.

Marisa pula seorang pekerja baru di kedai Barber milik Daniel tersebut tetapi hubungan mereka sentiasa dingin. Jika bertemu pasti ada sahaja yang ingin digaduhkan.

Dalam masa yang sama, anak-anak Daniel mula berasa selesa dan menjadi rapat dengan Marisa dan sepertinya mereka kini terjatuh cinta dibuai perasaan.

Apakah Marisa akan berkahwin dan menjadi menantu Mek Barber? Adakah anak-anak akan dapat ibu baru?

Drama Menantu Mek Barber Di TV3

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Menantu Mek Barber bermula 3 April ini, setiap hari Ahad pada jam 9.00 malam di saluran TV3.

Selain itu, jika anda tidak sempat menonton di tv3, anda boleh tonton secara langsung di portal Tonton di www.tonton.com.my

Tonton Semua Episod Menantu Mek Baber

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post