Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Di Astro Ria

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta di Astro Ria

Astro akan bawakan sebuah drama sempena Ramadan bertajuk Nusyuz Berkiblat Cinta yang akan mula ditayangkan di tv pada 3 April 2022 menerusi saluran Astro Ria.

Sebuah drama yang akan mempertontonkan tentang isu keganasan rumah tangga yang berlaku sama ada keganasan terhadap kaum wanita dan juga penindasan kepada si lelaki.

Jadi drama arahan Hadith Omar ini akan memperlihatkan dua kisah utama iaitu antara watak Hawa dan Adam serta watak Erfhan dan Safiana dimana dengan situasi yang berbeza tetapi permasalahan yang sama.

Episod : 7
Tayangan : Astro Ria (Istimewa Ramadan)
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Rozie Rashid
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta di Astro Ria

Pelakon

Dalam drama terdapat ramai pelakon yang terlibat antaranya ialah Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha, Mak Wan, Aznah Hamid, Jalaludin Hassan, Rahim Omar, Ikhwan Khairudin, Rahman Hamid dan ramai lagi

  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Emma Maembong sebagai Hawa
  • Nadhir Nasar sebagai Erfhan
  • Shaza Bae sebagai Safiana

OST Drama

Tajuk Lagu : Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Penulis Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga

Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua cerita iaitu melibatkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa serta Erfhan dan Safiana.

Cerita ini bermula apabila Hawa dapat tahu yang kawanya, Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri.

Jadi Hawa membuat keputusan untuk bertegas dalam setiap perkara terutamanya berkaitan dengan suaminya serta untuk tidak tunduk sedikitpun pada Adam supaya tidak menjadi mangsa deraan.

Demi perkahwinannya, Hawa telah menetapkan sehingga tujuh syarat dalam perkahwinannya bersama Adam yang antaranya Adam terpaksa mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi syarat yang ditetakan oleh Hawa.

Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa atas perjanjian yang dilakukan oleh mereka.

Malang sekali bagi rakannya, Safiana apabila dia terus didera oleh suaminya, Erfhan baik dari segi emosi, fizikal dan seksual.

Patutkah mangsa seperti Safiana dan Adam terus bertahan dan kekal dalam hubungan dan perkahwinan masing-masing? Adakah pasangan mereka, Hawa dan Erfhan akan berubah pada akhirnya kelak?

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta di Astro Ria

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Nusyuz Berkiblat Cinta bermula 3 April 2022, setiap hari Ahad jam 9.00 malam Istimewa Ramadan di saluran Astro Ria 104.

Selain itu, anda juga boleh tonton di On Demand atau di Astro Go dan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

TONTON SINI : LINK 1 | LINK 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post