Senarai 5 Hotel Terbaik Di Temerloh Untuk Tahun 2024

5 Hotel Terbaik Di Temerloh

Bagi anda yang ingin datang bercuti di Temerloh dan sedang mencari tempat penginapan, mungkin anda boleh tengok sini senarai 5 hotel terbaik yang ada di Temerloh untuk tahun 2024.

Temerloh bukanlah sebuah bandar besar jika dibandingkan dengan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan tetapi ianya merupakan bandar kedua terbesar selepas Kuantan. Jadi tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil.

💡Isi Kandungan

Pelbagai tujuan anda boleh datang untuk bercuti disini. Mungkin anda ingin pergi tempat-tempat menarik seperti tengok gajah di Kuala Gandah, Tugu Titik Tengah Semenanjung, mandi di Taman Tema Air Kubang Gajah atau anda datang sini untuk nikmat keaslian Patin Masak Tempoyak.

BACAAntara Kedai Ikan Patin Tempoyak Terbaik Di Temerloh

Jadi sambil-sambil datang ke Temerloh, anda juga bercadang untuk bermalam di sini. Oleh itu, kenalah dapatkan tempat penginapan yang terbaik dan yang penting selesa kan.

5 Hotel Terbaik Di Temerloh Untuk Tahun 2024

Dalam senarai ini, kebanyakkan hotel adalah yang berdekatan dengan pusat bandar Temerloh dan tidak jauh dengan tempat-tempat tarikan menarik yang ada di sekitar Temerloh

#1.  Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia Temerloh antara hotel yang pertama dinaikkan di disini. Walaupun sudah laman dibangunkan, tetapi infrastruktur masih utuh dan nampak cantik lagi.

Hotel ini juga satu-satunya yang ada di dalam bandar ini menawarkan kolam mandi untuk kanak-kanak bersuka-ria. Jadi yang bawa anak kecil, boleh la pilih hotel ini untuk bermalam.

Kedudukan hotel ini dekat dengan masjid tetapi sedikit jauh dengan pusat bandar. Tapi naik kereta 5 minit dah pun sampai sebenarnya.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee atau di Agoda

#2.  Merrinton Hotel

Merrinton Hotel

Antara hotel yang menjadi pilihan utama orang ramai apabila datang di Temerloh iaitu di Merrinton Hotel. Ianya sebuah hotel baru yang terletak di barisan lot kedai.

Selain daripada bilik yang selesa, lokasi hotel ini juga strategik. Disekelilingnya, anda boleh dapatkan akses kedai makan yang pelbagai. Boleh cuba Restoren Acu, Sidin Cafe, Steambot dan banyak lagi. Selain itu, masjid daerah juga berdekat dengan hotel ini serta Taman Tema Air Kubang Gajah.

Juga disediakan air Cuckoo dan juga Wifi secara percuma

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee atau di Agoda

#3.  U Hotel

U Hotel Temerloh

Sebuah lagi hotel dengan lokasi yang menarik iaitu di U Hotel. Disekelilingnya terdapat pelbagai kemudahan terutamanya kalau nak isi perut la. Anda boleh jalan kaki sahaja, tak perlu naik kereta pun.

Bilik hotel yang lengkap dengan pendingin hawa dengan tawaran bilik yang selesa. Mana yang nak balik kampung untuk beraya tapi kena duduk hotel, boleh cuba disini. Kedai Patin Tempoyak, Port Rodong pun dekat je. Boleh la layan ikan patin hari-hari.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee atau di Agoda

#4.  Hotel Jelai

Hotel Jelai

Hotel ini telah pun dibaik pulih dengan baiknya bagi tujuan keselesaan kepada mereka yang ingin bermalam di sini. Dari hotel ini anda boleh nikmat pemandangan urban pusat bandar Temerloh kerana ianya terletak di tengah-tengah pusat bandar.

Disini sekitar Hotel Jelai juga banyak tempat-tempat makan yang best. Anda jangan lupa untuk cuba Roti Nan Melayu yang ada dibawah hotel ni. Sedap. Wifi percuma juga disediakan.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee atau di Agoda

#5.  Hotel Green Park

Hotel Green Park

Selepas Seri Malaysia, Hotel Green Park juga antara hotel yang mula-mula dibangunkan di Temerloh. Tapi reka bentuk semua masih cantik dan nampak ekslusif.

Ianya juga antara hotel dan bangunan tertinggi di Temerloh. Jika anda naik tingkat atas sekali anda boleh nikmati pandangan seluruh bandar Temerloh.

Ianya berdekatan dengan U Hotel, jadi akses tempat makan juga mudah. Tapi rasanya kena naik kereta sikit la. Takut jalan nanti penat. Isu keselamatan tiada masalah, kerana hotel ini berada di dalam kawasan tersendiri dan dijaga.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan di Shopee atau di Agoda

Bonus

Selain itu, sebenarnya banyak lagi hotel-hotel menarik yang anda boleh menginap apabila tiba di Temerloh, antaranya ialah Hotel ApsaraHotel 75, Nur Hotel, Q Hotel dan jauh sikit dari bandar Temerloh, anda boleh bermalam di Kampungstay Desa Murni. Boleh rasai suasana desa dan disini ada kolam mandi juga.

BACA20 Homestay Yang Anda Boleh Menginap Di Temerloh

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post