Keputusan Undian Kejohanan Thomas Cup & Uber Cup 2022

Keputusan Undian Kejohanan Thomas Cup & Uber Cup 2022

Keputusan ahli kumpulan bagi Piala Thomas dan Piala Uber telah diketahui selepas pihak BWF telah melakukan undian pada Jumaat (1 April 2022) yang dilakukan secara langsung di Youtube BWF.

Kejohanan Thomas Cup dan Uber Cup edisi kali ini akan berlangsung di Bangkong, Thailand yang dijadulan diadakan pada 8 hingga 15 Mei 2022.

Tahun ini merupakan Piala Thomas edisi ke-32 dan Piala Uber edisi ke-29.

Pada kejohanan sebelumnya tahun 2021, Indonesia berjaya menjuarai Piala Thomas sekali gus meraih gelaran ke-14, sementara China dengan gelaran ke-15 bagi Piala Uber.

BACAKeputusan Penuh Siaran Langsung Piala Thomas & Piala Uber 2021

Manakala pasukan Malaysia hanya berjaya ke peringkat Suku Akhir pasukan pasukan lelaki di Piala Thomas dan terhenti di peringkat kumpulan untuk pasukan wanita dalam Piala Uber.

Keputusan Undian Kumpulan Thomas Cup Dan Uber Cup

Berikut merupakan senarai keputusan undian kumpulan bagi Thomas Cup dan Uber Cup 2022

Thomas Cup

Kumpulan A

  • Indonesia
  • Korea
  • Thailand
  • Singapura

Kumpulan B

  • Denmark
  • China
  • Perancis
  • Algeria

Kumpulan C

  • Chinese Taipei
  • India
  • Jerman
  • Kanada

Kumpulan D

  • Jepun
  • Malaysia
  • England
  • New Zealand

Keputusan Undian Kejohanan Thomas Cup & Uber Cup 2022

Uber Cup

Kumpulan A

  • Jepun
  • Indonesia
  • Perancis
  • Jerman

Kumpulan B

  • China
  • Chinese Taipei
  • Sepanyol
  • Australia

Kumpulan C

  • Thailand
  • Denmark
  • Malaysia
  • Mesir

Kumpulan D

  • Korea
  • India
  • Kanada
  • USA

Keputusan Undian Kejohanan Thomas Cup & Uber Cup 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post