Senarai Lokasi Raya ATM Maybank Pengeluaran Duit Raya 2024

Senarai Lokasi Raya ATM Maybank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2022

Nampaknya Maybank sekali lagi memperkenalkan Raya ATM dimana orang ramai boleh dapatkan 'duit raya' dengan membuat pengeluaran di mesin ATM khas dikawasan terpilih.

Kalau disebut duit raya pastinya ianya berkenaan dengan duit baru atau notes baru. Tetapi nilainya tetap sama tetapi keadaan masih cantik dan 'bau duit' masih kuat.

Tidak boleh tidak, amalan pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini menjadi perkara biasa setiap tahun terutamanya kepada golongan kanak-kanak sebagai tanda penghargaan datang berziarah ke rumah.

Jadi selepas nikmati kuih muih yang beranika macam, ketupat rendang dan sebagainya, jangan lupa untuk hulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang ke rumah.

Lokasi Raya ATM Maybank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2024

Pengeluaran duit raya ini boleh dibuat bermula 1 hingga 9 April 2024 di 72 lokasi mesin Raya ATM seluruh Malaysia. Untuk memudahkan pengguna, akan disediakan label bagi mesin atm yang mempunyai pengeluaran duit raya tersebut.

BACA

Pengeluaran 'duit raya' ini adalah tertakluk kepada duit kertas RM10 sahaja. Untuk 'duit baru' lain, anda mungkin boleh dapatkan di kaunter Maybank sendiri. Ini senarai cawangan Maybank dengan mesin ATM khas duit raya:

Johor

  • Bandar Baru Uda, Johor Bahru
  • Jalan Zabedah Batu Pahat
  • Johor Bahru Main
  • Kulai
  • Masai
  • Muar
  • Taman Nusa Bestari, Skudai
  • Taman Johor Jaya, Johor Bahru
  • Taman Universiti, Skudai
  • Tampoi
  • Taman Daya, Johor Bahru

Kedah

  • Alor Setar
  • Kulim
  • Lagenda Height, Sg. Petani
  • Sungai Petani
  • Jitra

Kelantan

  • Kota Bharu
  • Kubang Kerian

Kuala Lumpur

  • Bangsar Baru
  • Desa Pandan
  • KL Main
  • KLCC
  • Taman Tun Dr. Ismail, KL

Melaka

  • Ayer Keroh
  • Melaka Main
  • Taman Malim Jaya, melaka
  • Alor Gajah

Negeri Sembilan

  • Nilai
  • Senawang
  • Seremban

Pahang

  • Bukit Ubi
  • Jalan Berserah, Kuantan
  • Kuantan Main
  • Taman Tas, Kuantan

Penang

  • Bandar Perda, Bukit Mertajam
  • Juru
  • MIB Bayan baru
  • Penang Main
  • Penang Road
  • Prai Industrial Estate

Perak

  • Ipoh Garden
  • Ipoh Man, JSIS
  • Jelapang
  • Kamunting
  • Kuala Kangsar
  • MIB Gunung Rapat
  • Taiping
  • Tanjung Malim

Perlis

  • AFC Kangar

Sabah

  • Alamesra
  • Inanam
  • Jalan Perpaduan Kota Kinabalu
  • Putatan
  • Lintas Square

Sarawak

  • Kota Sentosa, Kuching
  • Kuching Main
  • Kuching Selatan
  • Wisma Satok

Selangor

  • Bandar Baru Bangi
  • Cheras Selatan
  • Kajang
  • Kota Kemuning
  • Puchong Jaya
  • Putrajaya
  • Rawang
  • Seksyen 23, Shah Alam
  • Subang Jaya
  • Sungai Buloh
  • Taman Melawati
  • Taman Sri Gombak
  • Bandar Baru Ampang

Terengganu

  • Kuala Terengganu

Untuk senarai asal yang dikeluarkan oleh pihak Maybank, anda boleh rujuk disini.

Cara Tukar Duit Raya Guna Mesin Raya ATM Maybank

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terpilih seperti senarai diatas
  2. Kemudian pilih mesin ATM yang mempunyai label atau ada papan tanda yang memaparkan bagi Pengeluaran Duit Raya
  3. Dalam mesin ATM tersebut, kesemuanya adalah wang kertas bernilai RM10 atau RM50 yang masih baru bergantung kepada lokasi. Jadi anda tekan pengeluaran atau withdraw seperti biasa dengan pilih jumlah
  4. Selesai urusan duit raya anda

Sebab sekarang dunia dah maju, jadi semua cashless sahaja termasuklah duit raya. Anda juga boleh bagi duit raya mengguanakan e-Duit Maybank menerusi aplikasi MAE. Baru style kan...

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post