Senarai Hotel Pahang Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Tahun 2022 (Sepanjang Ramadan)

Senarai Hotel Pahang Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Tahun 2022 (Sepanjang Ramadan)

Mencari halal itu fardu kepada umat Islam lagi-lagi kepada makanan yang kita ambil. Disebabkan itu, bahagian Pengurusan Halal JAIP telah menyenaraikan senarai hotel di Pahang yang masih memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk kemaskini April 2022.

Ramadan ini pastinya ramai yang berbuka di hotel-hotel secara buffet. Ditambah lagi kini SOP telah dilonggarkan dan dibenarkan untuk dine-in dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, tawaran pakej-pakej buffet Ramadan juga tidak dilepaskan oleh penyedia-penyedia makanan termasuklah hotel-hotel yang ada di Pahang ini.

Oleh itu, pengguna perlu bijak untuk memilih pakej dan juadah yang disediakan serta perkara paling penting yang perlu mereka cakna ialah status halal premis hotel tersebut.

BACASenarai Hotel Yang Memegang Sijil Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Untuk Tahun 2021

Adakah ianya masih memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Negeri Pahang? Atau sudah tamat tempoh? Atau tak pernah ada langsung?

Senarai Hotel Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Negeri Pahang

Berikut merupakan senarai hotel bagi setiap daerah di Negeri Pahang yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal yang masih sah sepanjang Ramadan 2022 ini.

BACA : Lokasi Bazar Ramadan di Pahang Tahun 2022

Kuantan

  • Suria Resort (Cherating)
  • De Rhu Beach Resort
  • Grand Darul Makmur
  • The Zenith Hotel
  • Cathayana Hotel
  • Kosma Toursim
  • Grand Central Hotel
  • Rocana Hotel
  • Megaview Hotel
  • MM Hotel (Swiss Garden Kuantan)
  • Adena Resort
  • Hotel Sentral
  • E-Red Hotel
  • Hotel Seri Malaysia
  • Trinidad Hotel (Shahzan Inn)
  • AC Hotel (Bussiness & Budget Hotel)
  • Royale Chulan Cherating
  • Swiss-Belhotel
  • Residence Inn Cherating
  • Hotel Mandurah

Raub

  • Shahzan Inn Bukit Fraser
  • MS Chemerkau

Jerantut

  • Hotel MUIP
  • Grand Borneo (Felda Residence Tekam)

Pekan

  • Uda Ancasa (Ancasa Royale)

Bentong

  • Awana Genting
  • Geo Resort
  • Swiss Garden Hotel Genting Highland
  • CH Resort
  • Scapes Hotel Genting Highland
  • Suria Hot Spring Resort Bentong

Cameron Highland

  • Hotel Rosa Passadena
  • Hotel Titiwangsa
  • Hotel De'La Ferns
  • Cameron Fair
  • Century Pines Resort
  • Heritage Hotel

Rompin

  • Damai Tioman
  • Villea Rompin
  • Hotel Seri Malaysia

Lipis

  • Lipis Plaza
  • Hotel Star Well

Temerloh

  • Hotel Green Park
  • Rest House Temerloh

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dapur dan restoren yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, anda boleh layari laman web www.halal.gov.my.

Anda boleh search dan taip nama premis berkenaan untuk ketahui status Sijil Pengesahan Halal Malaysia


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post