Senarai Lebuhraya Dengan Tol Percuma Dan Diskaun Sehingga 50% Sempena Aidilfitri

Senarai Lebuhraya Dengan Tol Percuma Dan Diskaun Sehingga 50% Sempena Aidilfitri

Macam-macam berita gembira rakyat dapat nak dekat Raya dan yang terbaru adalah pemberian Tol Percuma dan Diskaun Tol Sehingga 50% di Lebuhraya terpilih sempena Aidilfitri.

Pengumuman ini dibuat sendiri menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob kepada Keluarga Malaysia.

Tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun yang dinikmati oleh pengguna adalah sebanyak RM77.11 juta. Kesemua ini akan ditanggung oleh Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

Bagi tol percuma ianya melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan lebuh raya Utara-Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT)

Senarai Lebuh Raya Dengan Tawaran Tol Percuma Dan Diskaun

Pemberian tol percuma dan diskaun 50% ini bermula pada 30 April 2022 (Sabtu) pada jam 12 tengah malam sehingga 1 Mei 2022 (Ahad) pada jam 11.59 malam untuk semua kelas kenderaan.

Bukan itu sahaja, waktu pulang semula pun akan diberikan iaitu bermula pada 7 Mei 2022 (Sabtu) pada jam 12 tengah malam hingga 8 Mei 2022 (Ahad) pada jam 11.59 malam juga kepada smeua kelas kenderaan.

[Pertama] 30 April - 1 Mei 2022
[Kedua] 7 Mei - 8 Mei 2022

Selain tol percuma, juga diberikan tawaran diskaun tol antara 30%-50% kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama untuk semua kelas kenderaan.

Berikut merupakan senarai lebuh raya dengan kadar diskaun 30%, 50% dan tol percuma

Tol Percuma

  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)
  • Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
  • Lebuhraya KL - Karak (KLK)

Tol Diskaun 50%

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Beringkat Ampang-KL (AKLEH)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

Tol Diskaun 30%

  • Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (JPP2)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol ini pastinya akan memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri. Semua orang boleh balik tanpa tanggungang kos yang tinggi dan mungkin lebuh raya tak jam dah.

Tapi kalau semua orang balik waktu sama. Mungkin kena hadap jem juga la.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post