Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Di TV2

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Di TV2

Saksikan telefilem terbaru Aku Ingin Ke Syurga yang akan menemui penonton pada 28 Mac 2023, hari Selasa pada jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTMKLIK rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Emdy Idris ini merupakan hasil nukilan skrip oleh Natasya Farhana dan diterbitkan oleh syarikat produksi Adtisha Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Aku Ingin Ke Syurga

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Aku Ingin ke Syurga ialah Gen Darwish, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Afiq Muiz, Tisha Shamsir, Lisdawati, Kenji Sawahi, Adam Shadan, Erry Putra dan ramai lagi.

Telefilem ini mengisahkan tentang Sakinah iaitu seorang pengasuh kepada Amar yang mana seorang kanak-kanak yang tidak boleh bercakap akibat trauma kerana didera oleh makciknya sendiri.

Bukan itu sahaja, Sakinah juga sering menjadi mangsa dera suaminya sendiri. Disebabkan itu, pelbagai konflik berlaku dan akhirnya Amar meninggal dunia.

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Di TV2

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Di TV2"