Telefilem Bisikan Ilahi Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Bisikan Ilahi Di TV1

Saksikan telefilem Bisikan Ilahi yang akan menemui penonton pada malam Ramadan, 2 April 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem terbitan Datuk Rosyam Nor bersama Datin Runika menerusi produki Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Ejump Mohd.

Sinopsis Telefilem Bisikan Ilahi

Telefilem Bisikan Ilahi menampilkan barisan pelakon seperti Syafie Naswip, Zamarul Hisyam, Siti Khadijah Halim, Haeriyanto Hassan, Nafiez Zaidi dan ramai lagi

Ianya mengisahkan tentang kehidupan seorang pemuda iaitu Hadi (Syafie Naswip) yang berubah setelah kehilangan ibu dab bapanya apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Pada mulanya, dia malas bekerja dan sering ingkar akan pesanan orang tuanya.

Telefilem Bisikan Ilahi Di TV1

Siapa sangka selepas kejadian tersebut takdir dan doanya telah menemukannya dengan insan-insan yang memberinya hikmah tersembunyi dari Ilahi. Kini Hadi berubah dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, Farah (Siti Khadijah) mengidap leukimia, Apakah kesudahannya? adakah dia akan bersabar atau terus menyalahkan takdir?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Bisikan Ilahi Di TV1 (Panggung RTM)"