Telefilem Kebal Janji Syaitan Di Astro Cita

Telefilem Kebal Janji Syaitan Di Astro Cita

Saksikan telefilem thriller seram Kebal Janji Syaitan yang akan bersiaran pada 23 April 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau strim di On Demand dan aplikasi Astro Go.

Telefilem  ini merupakan idea asal daripada penerbitnya sendiri iaitu Pouvin Sandera dan kemudian diolah oleh Tommy Loh dalam bentuk skrip penceritaan dan diarahkan oleh pengarah Izuan Mokhtar dibawah syarikat produksi Kreatis Medialoka Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Kebal Janji Syaitan

Antara barisan pelakon yang membintangi Kebal Janji Syaitan ialah Nadhir Nasar, Ain Yasmin, Syean Mokhtar, Puovin, Duerra Mitilda, Balqish Semundur Khan dan ramai lagi

Telefilem ini mengisahkan tentang Idin (Nadhir Nasar) yang dibesarkan di dalam persekitaran dadah dan ilmu hitam.

Disebabkan itu, dia membesar menjadi seorang lelaki yang percaya dirinya mampu menjadi kebal dan akhirnya terlibat dalam kes pembunuhan. Apa yang terjadi sebenarnya?

Telefilem Kebal Janji Syaitan Di Astro Cita

Telefilem Kebal Janji Syaitan Di Astro Cita

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post