Telefilem Kembar Kasih Di TV2

Telefilem Kembar Kasih Di TV2

Saksikan telefilem Kembar Kasih yang akan menemui penonton semula pada 26 September 2023, hari Selasa pada jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Green Nova Media, diarahkan oleh Syed Othman Syed Ahmad dengan hasil nukilan skrip oleh Ally Marisha Afrina.

Sinopsis Telefilem Kembar Kasih

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Kembar Kasih ialah Aiman Hakim Redza, Reen Rahim, Dilla Ahmad, Haeryanto Hassan, Qya Hasmy, Fandi dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Redza sebagai Mikael
  • Reen Rahim sebagai Myra/Meera
  • Qya Hasmy sebagia Riana
  • Haryanto Hassan sebagai Pak Ali
  • Dila Ahmad sebagia Fauziah
  • Fandi sebagai Azman

Ianya mengisahkan tentang Mikael yang telah kehilangan isterinya, Mira yang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dan dia tidak dapat menerima kenyataan dan melupakan terhada isterinya itu.

Selepas setahun Mikael bertemu dengan Maira iaitu kembar isterinya yang mempunyai wajah seiras tetapi memiliki penampilan dan perwatakan yang berbeza.

Dia cuba mengubah penampilan dan perwatakan Maira mengikut citarasanya namun Maira enggan dan mahukan dirinya dicintai seadanya bukan kerana wajahnya yang serupa dengan kembarnya tersebut.

Telefilem Kembar Kasih Di TV2

Telefilem Kembar Kasih Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post