Telefilem Kerana Dia Isteri Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem Kerana Dia Isteri Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Kerana Dia Isteri yang akan bersiaran pada 11 April 2022, hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 atau tontonan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Sebuah telefilem yang berkisakan tentang kepincangan sebuah keluarga akibat curang ini merupakan terbitan Spektra Selasih Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh pengarah tidak asing lagi, Raja Ahmad Alauddin.

Bukan itu sahaja, naskah ini bakal menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat Malaysia sebagai peneraju utama juga

Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Rita Rudaini, Adi Putra, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan, Halmey Hamdah dan ramai lagi.

Kerana Dia Isteri mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang susah iaitu Halimi dan Suhana bersama-sama anak-anaknya.

Demi anak mereka, Halimi terpaksa berpisah demi mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarganya sehari-hati. Kerana mengikut nafsu, Halimi berlaku curang dan mula melupakan anak dan isterinya ketika bekerja di bandar.

Hinggalah suatu hari, Halimi terlibat dalam kemalangan dan cedera parah. Masih adakah peluang kedua buat Halimi?

Namun adakah Suhana isterinya sudi menerimanya kembali?

Telefilem Kerana Dia Isteri Di TV2

Telefilem Kerana Dia Isteri Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Kerana Dia Isteri Di TV2 (Drama On 2)"