Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Sempena Syawal, saksikan mini siri drama Misi Anak Bulan yang akan menemui penonton mulai hari Raya Ketiga, 4 - 8 Mei 2022, hari Rabu hingga Ahad pada jam 6.00 petang di TV9 dan tontonan secara online di www.tonton.com.my

Telefilem 5 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Cinema Stage Production dengan arahan daripada pengarah Haris Kadir hasil nukilan skrip oleh Azal Exreen.

Sinopsis Drama Misi Anak Bulan

Drama Misi Anak Bulan menampilkan barisan pelakon seperti Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman, Nur Dania Miazara dan ramai lagi

Ianya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman (Aiman Abdul), yang terpaksa mengikuti ibunya Wani (Eina Azman) seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung.

Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya.

Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya.

Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

Drama Misi Anak Bulan Di TV9

Drama Misi Anak Bulan Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post