Drama Wan Senja Di TV3

Drama Wan Senja Di TV3

Sempena Aidilfitri, saksikan mini siri drama Wan Senja yang akan disiarkan sebanyak 4 episod bermula Hari Raya Pertama, 2 Mei 2022, hari Isnin pada jam 11.30 pagi di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my

Drama ini merupakan buah tangan daripada pengarah Riza Baharudin dengan hasil nukilan skrip oleh Rozie Rashid & Team dan diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Sinopsis Drama Wan Senja

Drama Wan Senja menampilkan barisan pelakon yang hebat antaranya ialah Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair dan ramai lagi.

⏩ Tonton Wan Senja  - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya selepas suaminya meninggal dunia.

Dalam masa yang sama, Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru.

Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya.

Drama Wan Senja Di TV3

Drama Wan Senja Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post