Review Aiskrim Nescafe Gold Cappucino. Sedap Teruk!

Review Aiskrim Nescafe Gold Cappucino

Sekarang kalau tengok di media sosial baik facebook atau twitter sepertinya ramai kongsikan pengalaman merasai sendiri aiskrim terbaru daripada Nestle iaitu Nescafe Gold Cappucino. Sedap ke?

Kebiasaanya kalau orang ramai cari Nescafe Gold ini adalah bentuk serbuk nesface untuk buat air. Sebelum ini memang takda pun nescafe dalam bentuk aiskrim. Tetapi kini pihak Nestle telah memperkenalkannya.

Review Nescafe Gold Cappucino

Menerusi produki terbaru ini, anda boleh merasai Nescafe Gold dengan perisa Cappucino dalam bentuk aiskrim. Kalau anda biasa minum air nescafe, mungkin lepas ni kena cuba sekali aiskrim ni pula.

Sebab bagi Aiskrim Nescafe Gold Cappucino sedap gila weh. Aku bukanlah penggemar nescafe tetapi rasa aiskrim ini cukup sedap untuk dinikmati.

Ianya seketul aiskrim perisa kopi dan vanila dengan salutan berperisa kopi. Akan tetapi salutan atau coating bahagian luar tidak keras atau ranggup seperti aiskrim-aiskrim yang lain.

Review Aiskrim Nescafe Gold Cappucino

Untuk rasa dah sedap, tapi untuk salutan sebab dia tak keras macam kurang sikit kot. Sebab tak boleh nak gigit. Ataupun produk terbaru ni memang buat salutan tersebut tidak keras supaya ianya tidak mudah patah dan terjatuh.

BACAReview: First Time Rasa, Aiskrim Nestle Musang King Sedap Weh!

Secara overall, dengan harga RM4.50 ianya sangat berbaloi untuk anda cuba. Dengan harga mampu milik, anda boleh dapat rasai kenikmatan aiskrim berperisa kopi. Rasanya untuk yang suka kopi mesti suka juga aiskrim ini.

Tetapi ada juga yang kongsikan pengalaman, tak suka kopi tapi rasa aiskrim ni boleh diterima. Jadi kepada anda yang tak suka kopi, boleh la cari sekarang di kedai-kedai berhampiran.

Boleh dapatkan di kedai-kedai runcit berhampiran anda atau dapatkan secara online sahaja di Shopee. Nanti, van aiskrim akan hantar terus ke rumah anda. Lagi mudah kan.

Review Aiskrim Nescafe Gold Cappucino

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post