Telefilem Syurga Nur Muhammad Di Awesome TV

Telefilem Syurga Nur Muhammad Di Awesome TV

Saksikan sebuah telefilem yang mengisahkan tentang anak autisme, Syurga Nur Muhammad yang akan bersiaran pada 22 Mei 2022, hari Ahad pada jam 9.00 malam di Awesome TV. Dapatkan pelbagai kandungan menarik lain hanya di awesometv.my

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Azura Zamri yang juga merangkap sebagai penulis skrip bersama Suzanna Zaily Zin. Ianya diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Syurga Nur Muhammad

Telefilem Syurga Nur Muhammad menampilkan barisan pelakon seperti Danish Hazriq, Puteri Sarah Liyana, Lan Siro, Raja Afiq, Amin Haridz, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Marlia iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan membuat keputusan untuk meninggalkan anak autismenya, Nur Muhammad kepada jirannya, Farid.

Si Ibu membuat keputusan sedemikian semata-mata kerana mendambakan syurga impian dengan perkahwinan keduanya. Adakah anak istimewa tersebut akan kehilangan kasih sayang seorang ibu? Saksikan kesudahan di Awesome TV.

Telefilem Syurga Nur Muhammad Di Awesome TV

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post