Telefilem Anak Syurga Di TV3

Telefilem Anak Syurga Di TV3

Sempena Syawal ini, telefilem Anak Syurga diulang siar bagi tontonan ramai yang akan bersiaran pada 15 Mei 2022 bersamaan hari Ahada pada jam 10.30 malam dan juga tontonan secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah hebat, Along Kamaludin

Sinopsis Telefilem Anak Syurga

Telefilem Anak Syuga menampilkan barisan pelakon seperti Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam, Mika, Sheila Mambo, Rosnah Johari, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ikmal dan Azah yang mengecapi kebahagian apabila mereka dikurniakan anak dalam keluarga mereka iaitu Adam.

Namun begitu, kebahagiannya adalah sementara apabila Adam disahkan mengalami autism. Sejak itu, Ikmal mula mengabaikan Adam dan rumah tangga mereka mula goyang.

Pak Sahak yang bekerja sebagai tukang cuci di syarikat Ikmal perasan tentang perubahan Ikmal dan sering menasihati Ikmal. Suatu hari Ikmal bertembung dengan Pak Sahak di tepi jalan kerana motorsikalnya rosak ketika baru pulang dari kedai membeli hadiah untuk anak-anaknya.

Ikmal menumpangkan Pak Sahak hingga ke rumah. Di rumah Pak Sahak, Ikmal terkejut apabila mengetahui kedua-dua anak Pak Sahak adalah OKU. Ikmal terharu melihat keluarga Pak Sahak yang bahagia walaupun hidup dalam sederhana.

Barulah dia sedar bahawa selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah. Lantas dia teringat Adam yang tidak mendapat kasih sayang dan mula menyayangi Adam.

Telefilem Anak Syurga Di TV3

Telefilem Anak Syurga Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post