Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Sempena Syawal, TV3 akan bawakan prequel siri drama Ayahanda bertajuk Ayahanda Ibrah Ramadan yang akan menemui penonton pada hari Raya Ketiga Belas, 14 Mei 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di siaran TV3 dan tontonan online di www.tonton.com.my

Siri drama Ayahanda sebelum ini sangat mendapat tempat di hati penonton yang mana ianya diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama 'Ayahanda' karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N. yang kali ini diterbitkan dalam bentul telefilem

Masih mendapat sentuhan daripada pengarah yang sama iaitu Dato Ahmad Tarmimi Siregar dengan penghasilan skrip oleh Maizura Ederis dan Wan Mahani serta sekali lagi diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shila dan ramai lagi.

  • Jalil Hamid sebagai Abdullah
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
  • Fikry Ibrahim sebagai Aziz
  • Noorkhirian sebagai Halimah
  • Shahz Jaszle sebagai Ramli

⏩ Tonton Ayahanda Ibrah Ramadan (akan dikemaskini) - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Noriah seorang isteri yang taat dimana buat pertama kali telah memberontak terhadap Abdullah.

Mereka bertengkar hanya disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung. Apakah kesudahannya kali ini?

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post