Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Sempena Syawal, saksikan telefilem berjudul Balik Raya Ke Kita yang diulang siar pada hari raya Kedua Belas, 13 Mei 2022, hari Jumaat pada jam 8.30 malam di slot Drama Di 9 di saluran TV9 dan secara online di www.tonton.com.my

Telefilem raya ini telah diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Lua dengan olahan skrip oleh Zyza Backy.

Sinopsis Telefilem Balik Raya Ke Kita

Telefilem Balik Raya Ke Kita menampilkan barisan pelakon seperti Azad Jazmin, Rosnah Mat Aris, Sherry Al Hadad, adik Danish Hazriq, adik Indah Emmerlda Lia Natalia, Amyza Aznan dan ramai lag.

Ianya mengisahkan tentang Farid (Azad Jazmin) yang bertekad dan telah membuat keputusan untuk beraya di kampungnya pula kali ini selepas sudah tiga tahun berturut-turun dia menyambut Hari Raya di Sabak Bernam, kampung isterinya, Rina (Sherry Al Hadad) kerana mahu berjimat kos pengangkutan.

Kali ini, anak-anak mereka juga teruja untuk beraya di kampung bapanya pula. Tetapi malangnya, kereta Farid rosak dalam perjalanan pulang. Walaubagaimanapun, perjalanan harus diteruskan dengan cara alternatif yang penuh dengan kejutan.

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post