Telefilem Cangkul Di Astro Citra

Telefilem Cangkul Di Astro Citra

Saksikan telefilem Cangkul yang akan menemui penonton pada 21 Mei 2022 bersamaan hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau strim secara online di Astro Go.

Telefilem arahan Azmir Affandi dengan idea asal oleh Syawal Azrai ini diterbitkan oleh syarikat produksi u2media Sdn. Bhd. dan jalan ceritanya ditulis oleh Srikandi Emma dan Sri Dewi.

Sinopsis Telefilem Cangkul

Telefilem Cangkul menampilkan barisan pelakon lama dan baru antaranya ialah Nazim Othman, Aweera, Aisha Retno, Dian Fernandez dan ramai lagi.

  • Nazim Othman sebagai Imran
  • Aweera sebagai Musa
  • Aisha Retno sebagai Zura

Ianya mengisahkan tentang Imran iaitu seorang penggali kubur yang memiliki sebatang cangkul istimewa yang mana akan bergerak jika ada tanda berlakunya kematian.

Atas desakan hidup, Imran bersama rakan baiknya Musa merancang untuk mendapatkan lebih banyak tempahan menggali kubur dengan mencipta kematian. Apakah yang akan terjadi pada akhirnya?

Telefilem Cangkul Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post