Telefilem Cikgu Nerd Di TV9

Telefilem Cikgu Nerd Di TV9

Dibawakan sebuah telefilem sempena Hari Guru iaitu Cikgu Nerd yang akan menemui penonton pada 16 Mei 2022, hari Isnin pada jam 9.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 dan secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Zulkefli dengan hasil penulisan skrip oleh Azura Zamri dan MF Kencana

Sinopsis Telefilem Cikgu Nerd

Telefilem Cikgu Nerd menampilkan barisan pelakon seperti Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana, Amin Haridz, Ilya Buang, Firas Danial, Megat Syamim, Rara dan ramai lagi

Ianya mengisahkan tentang seorang guru yang menjadi tumpuan di sekolah kerana gayanya yang terlalu nerd sering mencuit hati kalangan pelajar.

Putus asa bukan pilihan Cikgu Ben (Zoey Rahman), dia tetap sedaya upaya membuktikan tanggapan guru-guru lain terhadap pelajar di kelasnya adalah salah.

Ternyata, usaha Cikgu Ben banyak mengubah prestasi mereka yang sebelumnya tercorot dan dipandang rendah.

Telefilem Cikgu Nerd Di TV9

Telefilem Cikgu Nerd Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post