Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2

RTM bawakan sekali lagi atau ulang siar telefilem Cinta Semanis Bubble Tea yang akan menemui penonton pada 25 Mei 2022, hari Rabu pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Makmur Megah Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Suria Nordin.

Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea menampilkan barisan pelakon seperti Sweet Qismina, Adam Lee, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Amal, Iman Zulkarnain dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Shuhada iaitu seorang yang gemar meminum Bubble Tea berikutan kekecewaan kerana tiga hari sebelum bertunang, dia ditinggalkan. Zaim, bakal tunangnya memutuskan hubungan mereka kerana dia sudah berkahwin.

Selepas kecewa dalam cinta, Shuhada mula membuka hatinya. Namun, perkenalannya dengan Nik Aiman dan Amal membuat Shuhada dalam dilema untuk memilih siapa yang bakal dijadikan suami.

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post