Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu Di TV3

Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu Di TV3

Saksikan telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu yang akan menemui penonton pada 1 Mei 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 dan tontonan secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Eoon Shuhaini dengan penghasilan skrip oleh Janjiran bersama PGRs Team.

Sinopsis Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu

Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu menampilkan barisan pelakon-pelakon terkenal antaranya ialah Ashraf Muslim, Datin Paduka Eina Azman, Nadia Brian, Syazwan Zulkifly, Dalimawati dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Ayla Yanira iaitu seorang gadis Pulau Langkawi yang membenci lelaki terutama dari Kuala Lumpur.

Ayla memiliki sifat sedemikian kerana tragedi putus cinta akibat jarak jauh. Keadaan berubah dengan kehadiran Zaid Hidayat, jejaka dari KL yang melancong dan tinggal di hotel Ayla bekerja.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post