Telefilem Dodol Untuk Menantu Di TV9

Telefilem Dodol Untuk Menantu Di TV9

Sempena Syawal, Telefilem Dodol Untuk Menantu akan diulang siar untuk tontonan ramai iaitu pada hari Raya Kelima, 6 Mei 2022, hari Jumaat pada jam 8.30 malam di saluran TV9 dan tontonan secara online di www.tonton.com.my

Ianya merupakan sebuah telefilem terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Pali Yahya dengan hasil nukilan skrip oleh Zeck Vion.

Sinopsis Telefilem Dodol Untuk Menantu

Telefilem Dodol Untuk Menantu menampilkan barisan pelakon seperti Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Syida Melvin dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Pak Dolah (Shamsul Ghau Ghau) yang terpaksa merelakan perkahwinan anaknya, Noni (Mimi Lana_ dengan pelayan restoran bernama Basyir (Saim Ali. Basyir disambut dingin meskipun bersungguh-sungguh menjaga Pak Dolah yang sakit ketika Ramadan.

Menjelang Hari Raya, Basyir terpaksa pulang ke kampung asalnya dan meninggalkan Noni dan Pak Dolah. Sejak itu, barulah Pak Dolah sedar akan sikap buruknya yang memperkecilkan Basyir.

Telefilem Dodol Untuk Menantu Di TV9

Telefilem Dodol Untuk Menantu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post