Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Saksikan telefilem komedi seram Geng Van Jenazah yang bakal menemui penonton semula pada 23 Disember 2023, hari Sabtu pada jam 10.00 malam di slot Cerekarama TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini diarahkan oleh Jamal Khan dengan hasil penulisan skrip oleh Mejar Zainal Hajat dan Zamri Mahmud serta diterbitkan oleh syarikat produksi Cinema Stage Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah

Telefilem Geng Van Jenazah menampilkan barisan pelakon seperti Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Issey Fazlisham sebagai Mail
  • Tomok sebagai Husin
  • Azhan Rani sebagai Pak Tam
  • Elisya Sandha sebagai Zunirah
  • Reen Rahim sebagai Ros Ayu
  • Razali Abdul Ghani sebagai Ustaz Shuib
  • Che Mat RL sebagai Saari Cangkol
  • Aleza Shadan sebagai Mak Uda
  • Wan Sharmila sebagai Kak Zah

⏩ Tonton Geng Van Jenazah - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Husin (Tomok) iaitu seorang pemandu van jenazah yang bersahabat baik dengan Mail (Issey Fazlisham).

Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam (Azhan Rani) yang meninggal dunia akibat makan durian. Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya.

Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah (Elisya Sandha) yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain.

Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Macam-macam hal dan kejadian berlaku.

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post