Telefilem Jangan Masuk Rumahku Di Astro Ria

Telefilem Jangan Masuk Rumahku Di Astro Ria

Sempena Syawal kali ini, Astro bawakan telefilem Jangan Masuk Rumahku yang akan menemui penonton pada hari Raya Keenam, 7 Mei 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 pagi di Astro Ria 104 dan secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Se7en Production Film Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Hadith Omar dengan hasil nukilan skrip oleh pengarahnya sendiri bersama Rehal Nuharis.

Sinopsis Telefilem Jangan Masuk Rumahku

Telefilem Jangan Masuk Rumahku menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Syazlin Zainal, Elvina Chua, Ferqisha, Rahman Hamid dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Lina iaitu isteri kepada seorang usahawan yang berjaya dimana hobinya adalah shopping, shopping dan shopping.

Suatu hari dia dikejutkan dengan kehadiran ah long yang datang merampas kesemua barang-barang mewahnya dengan alasan suaminya berhutang.

Afiq, seorang budak nerd tapi brilliant yang terlibat dengan cryptocurrency baru kembali ke Malaysia.

Hidup Lina yang kaya-raya kini menjadi porak peranda apabila dia terpaksa tinggal serumah dengan Afiq setelah di'scam' oleh suaminya sendiri.

Telefilem Jangan Masuk Rumahku Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post