Drama Mariam Di TV Alhijrah

Telefilem Mariam Di TV Alhijrah

Saksikan drama terbaru, Mariam yang akan mula temui penonton pada 9 Mei 2022, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 6.00 petang di slot Qalbu di TV Alhijrah dan boleh juga tonton secara online di alhijrahmedia.com

Drama 13 episod ini merupakan terbitan Efficient Action Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Jai Nadxman dengan hasil nukilan skrip oleh Nik Naemah, Zuli Ismail dan Akmal Nur Amberlynn.

Sinopsis Drama Mariam

Drama Mariam menampilkan barisan pelakon seperti Nor Kasseh Kishreena, Duerra Mitilda Eiroza, Aresya Rania, Sulaiman Yassin, Fiza Abdul Halim, Lydia Saimon, Hakimin, Mat Over, Lydiawati, Khairul Azmi, Amirul Azhar ramai lagi.

Tonton drama Mariam - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak perempuan bernama Mariam (Nor Kasseh Kishreena). Disebabkan kehilang kedua ibu bapanya sedari kecil lagi, kehidupan Mariam tidaklah seindah kanak-kanak lain seusianya.

Bukan sahaja berpindah tangan dari sebuah keluarga angkat ke keluarga angkat yang lain, Mariam juga tidak berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah kerana kemiskinan keluarga angkatnya selama ini.

Namun begitu, anak kecil ini tidak pernah jemu berdoa memohon kepada Allah agar dia mendapat keluarga angkat yang mampu menghantarnya ke sekolah. Biarlah tidak kaya raya, asalkan dia merasai nikmat menuntut ilmu.

Sewaktu tinggal bersama ibu angkatnya Idah, Mariam meminta kebenaran Idah untuk ke sekolah seperti rakan-rakannya. Namun, Idah yang sedang sarat mengandung tidak mampu untuk menanggung kos kemasukan ke sekolah. Idah memberitahu Mariam yang dia akan dihantar ke rumah saudaranya, Nek Jah di negeri lain. Walaupun sedih, Mariam percaya bahawa sesuatu yang lebih baik menunggunya di sana.

Mariam menaruh harapan yang kali ini dia mungkin akan dapat menjejakkan kaki ke sekolah apabila tinggal bersama Nek Jah. Nasib benar-benar tidak menyebelahi dirinya. Nek Jah tidak mahu menjaga Mariam kerana dia menyangkakan Mariam adalah anak gadis dewasa dan bukanlah kanak-kanak berusia 9 tahun. Nek Jah bertekad untuk memulangkan semula Mariam ke rumah Idah.

Jiwa Mariam calar balar. Dia merasakan dirinya sangat tidak bernasib baik. Sudahlah berpindah randah dari satu rumah ke rumah yang lain, keinginan dirinya untuk ke sekolah masih samar tiada kepastian.

Apakah kesudahannya setelah Nek Jah tidak mahu memelihara Mariam? Adakah Mariam dapat menggapai impiannya untuk menjejakkan kaki ke sekolah bagi menuntut ilmu?

Telefilem Mariam Di TV Alhijrah

Telefilem Mariam Di TV Alhijrah

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post